Sunday, September 27, 2009

Tomat (Tobat Maksiat)

Lagu dari kumpulan wali band, penuh dengan nasihat berguna.. sedap telinga mendengar .. muzik nya, liriknya semuanya best..



Lirik Tomat

dengarlah hai sobat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat

bukan ku sok taat
sebelum terlambat
ayo sama-sama kita taubat
dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat

astafighrullahal’adzim

reff:
ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuman satu kali

berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat ingatlah akhirat

cepat ucap astafighrullahal’adzim

pandanglah ke sana
lihat yang di sana
mereka yang terbaring di tanah
bukankah mereka
pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka

astafighrullahal’adzim

cepat ucap astafighrullahal’adzim
cepat ucap astafighrullahal’adzim
cepat ucap astafighrullahal’adzim

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Guru

Salam dan selamat sejahtera. Brunei hari ini merayakan hari raya ketiga berbanding malaysia, indonesia dan juga singapura yang telah lebih dulu merayakan hari kemenangan ini sehari lebih awal dari brunei. 23hb September merupakan tarikh bersejarah bagi rakyat Brunei khususnya kerana hari ni merupakan hari keputeraan Almarhum Begawan iaitu Ayahanda kepada Sultan Brunei masa ini Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Setelah kemangkatan Almarhum Begawan, untuk tidak terus melupakan tanggal 23hb September itu, Kerajaan Brunei telah bersetuju untuk menetapkan setiap tanggal 23hb September di jadikan sebagai Hari Guru, ini juga merupakan cara kerajaan Brunei mengenang jasa Almarhum yang telah banyak menaikkan nama Brunei di persada Antarabangsa. Oleh sebab itu, Kerajaan Brunei mengambil tarikh tersebut sebagai memperingati jasa Almarhum Begawan. Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari guru kepada semua ustaz dan usatazah yang telah banyak menabur jasa dan bakti serta memberi didikan yang amat berguna sampai saya berjaya. Jasa-jasa Asatizah semua tidak dapat saya lupakan sampai nyawa terpisah dari badan. Begitu juga dengan semua rakan-rakan saya yang seangkatan dengan saya, didiklah anak bangsa Brunei menjadi generasi yang berguna. kerana Tunas bangsa ini lah yang akan menggantikan kita di masa akan datang. SELAMAT HARI GURU..Salam...

Sunday, September 20, 2009

Eid Mubarak 1430 Hijrah

Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua pembaca blog ini. Moga sentiasa di lindungi Allah dan berbahagia selalu di samping keluarga dan teman-teman tercinta. Ameen.

Wednesday, September 16, 2009

10 Malam Terakhir

Alhamdulillah..bersyukur kehadrat Allah subhanahu wa ta'ala yang masih memberikan kesempatan bagi saya untuk meneruskan hidup di bumi yang penuh dengan pancaroba ini..Selawat dan salam keatas Kekasih Allah, Jungjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW serta sahabat-sahabat baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir hayat.. Kita telah pun memasuki 10 malam terakhir di bulan Ramadan, begitu cepat masa berlalu, rasa syahdu bila mengenakan Ramadan yang mubarak ini akan pergi sekali lagi, saya hanya mampu berdoa supaya di berikan tubuh badan yang sehat serta dapat bertemu lagi di Ramadan yang akan datang Amen..

Berbalik kepada 10 malam terakhir di bulan Ramadan ini, biasanya masyarakat Islam di brunei mula sibuk dengan persiapan menjelang hari lebaran. kedai-kedai serta mall-mall di penuhi dengan karenah manusia yang sibuk membuat persiapan hari raya. Di Brunei istilah "Lailatul kadai" sudah menjadi trend serta menjadi bahan ejekan kepada mereka yang lalai dan alpa dari mengingat malam Lailatul Qadar yang sebenar. Masyarakat Brunei Sering di ingatkan di kaca-kaca televisyen,radio serta di surat kabar-surat kabar supaya tidak meninggalkan manhupun mengurangkan amal ibadat yang biasa dilakukan di bulan Ramadan. Orang islam di Brunei di ingatkan juga supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada pada 10 malam terakhir Ramadan dengan lebih mementingkan urusan keduniaan sehingga amalan solat terawih dan membaca al Quran berkurangan dan lebih menyedihkan lagi tidak dilakukan langsung.

Ketahuilah bahawa Rasulullah akan lebih mempertingkatkan amalan Baginda sebaik saja memasuki malam ke-21 Ramadan iaitu dengan beriktikaf di masjid, atau membangunkan ahli keluarga Baginda untuk bersembahyang, yang jelas menunjukkan kesunggguhan Baginda untuk memperoleh LailatulQadar. Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Qadar Ayat 1-3, Lailatul Qasar adalah lebih baik ganjarannya daripada seribu bulan iaitu 82 tahun 4 bulan atau lebih kurang 30,000 hari, malah lebih banyak daripada itu. Kita tidak akan dapat mengetahui bila berlakunya LailatulQadar, akan tetapi berdasarkan sebuah hadis riwayat Imam Bukhari, sebahagian ulama berpendapat berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan dan besar kemungkinan ia berlaku pada malam-malam ganjil iaitu sama ada 21, 23, 23, 27 dan 29 Ramadan.

Adapun hikmah kenapa di rahsiakan bila berlakunya LailatulQadar itu adalah supaya kita akan berusaha untuk beribadat bersungguh-sungguh pada setiap malam di bulan Ramadan dan tidak akan hanya beribadat pada malam tertentu saja. memandangkan betapa besar ganjaran LailatulQadar ini, kita di seru supaya merebut peluang meningkatkan amal ibadat dan beriktikaf terutama sekali di sepuluh terakhir Ramadan yang hanya datang sekali setahun.

Jadi sebagai seorang muslim yang bertaqwa kita hendaklah sentiasa beribadat seperti membaca Al-Quran, berzikir dan bertasbih. Kita di seru juga untuk mendorong hati supaya sentiasa mengingati Allah dan mendidik jiwa mengasuh dan membersihkan rohani serta tidak terpengaruh dengan kemewahan ke bendaan ketika melaksanakan ibadat puasa. Sampai di sini sahaja kali ini. Saya ingin memohon maaf kepada seluruh pembaca blog ini andai ada kekurangan dan kekhilapan sepanjang saya menulis dalam blog ini. saya hanya manusia biasa yang masih belajar dan akan terus belajar dan mencari rahsia di bumi Allah subhanah Wa Ta'ala..di ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan Batin..Kullu 'Amin wa antum bikhair..salamualaikum ... Ilalliqa

Tuesday, September 15, 2009

Ya Allah

Ya Allah..Akhir-akhir ini dugaan mu datang bertalu-talu..aku mohon kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian mu ya Allah..Sungguh berat ujian yang kau berikan pada ku.. Moga aku dapat menjalani kehidupan dengan rahmat mu ya Allah..

Saturday, September 12, 2009

sesungguhnya aku sedang berpuasa

sesungguhnya aku sedang berpuasa :) .. tajuk blog saya kali ani mengingatkan kembali kejadian yang berlaku tadi siang..hari ini kami di sekolah ada mengadakan majlis khatam Al Quran bagi guru-guru di sekolah saya..so..hari ni saya teramat lah sibuk..sehinggakan saya sendiri terlupa yang saya sedang berpuasa..Astagafirullah :) .. tadi siang saya di tugaskan mengambil kek yang di tempah oleh guru-guru di sekolah saya..hampir setengah jam saya berulang alik, berputar-putar, pusing keliling mencari rumah orang yang membuat kek tersebut..mau saya telefon penjual kek tersebut nak bertanyakan di mana letak rumah dia yang sebenarnya..malangnya handphone saya kehabisan batteri..saya ada charger hp dalam kereta..tetapi malangnya tidak berfungsi..so saya telah pergi ke hua ho mall untuk membeli charger hp untuk dalam kereta..tetapi perkara yang sama juga berlaku..mayb tempat charger dalam kereta saya yang rosak..so saya dah hampir putus asa..memandangkan cuaca yang amat panas dan kepala saya pun dah pening2 lalat..saya bertekad juga untuk mencari rumah penjual kek itu sehingga berhasil..

so setelah itu..dengan usaha jitu..akhirnya berjaya juga saya menemukan rumah tersebut..padahal rumah tersebut udah saya lewati berkali-kali..dalam hati memang dah meruap-ruap memarahi diri ini..tapi sesungguhnya aku sedang berpuasa :) .. lepas dari rumah penjual kek tersebut..saya pergi ke kedai lagi untuk membeli wraping paper .. di kedai ini lah berlaku kejadian yang memalukan hehe..sebelum sampai di kedai tersebut..saya telah lupa yang saya sedang berpuasa .. so dalam fikiran saya..bukan nak beli wraping paper..tetapi nak beli air soya bean(masya Allah) .. so saya masuk kedai and mencapai tin minuman soya bean(waktu ini belum lagi menyedari yang saya sedang berpuasa).. setelah berada di depan kaunter saya seolah-olah di tampar di kepala saya dan menyedari yang saya sedang berpuasa ketika itu..dengan pakaian saya yang memakai baju melayu(tau orang ni mun cara melayu ani guru ugama)..mata-mata liar mula menunjukkan pandangan serong terhadap saya hahaha..saya dengan selamba mengenepikan minuman air soya tersebut dan hanya membayar wraping paper yang saya beli..

setelah habis membayar, muka saya dah mulai jadi kemerah-merahan menahan malu huhuhu..terus bibir saya mengatakan istiqfar banyak-banyak..hanya kerana keletihan mencari rumah penjual kek..puasa saya hampir batal(nau'zubillah)..dugaan di bulan puasa..

datang kesekolah lain lagi hal nya..sekolah tempat saya mengajar di masuki pencuri..banyak barang-barang yang hilang di curi..bilik pentadbiran yang berkunci rapat dengan pagar besi pun boleh di buka oleh para pencuri tersebut..begitu kuat nafsu si pencuri sehinggakan pagar besi udah umpama pagar plastik yang boleh dibuka-buka..masya Allah.. di bulan yang penuh barokah ini pun masih juga ada manusia yang melakukan perbuatan keji itu..sekali lagi kepala saya pening memikirkan memandangkan saya juga di tugaskan salah seorang guru yang memegang kunci bangunan sekolah..tapi memang perkara sebegini tidak dapat di elakkan..sekalipun kita berhati-hati..apa yang penting..saya telah melakukan tugas saya dengan amanah..biarlah Allah sahaja yang membalas perbuatan orang yang tak bertanggungjawab itu..dugaan...salam..

my new baby


Alhamdulillah..setelah sekian lama kan memiliki DSLR camera..akhirnya termakbul jua hehe..syukran Allah atas semua rezeki yang di limpahkan..Walaupun belum lagi pro memakai camera ani,tapi insya Allah akan cuba belajar dan bertanya pada yang lebih pro hehe..saaaalaaaammmmm

Monday, September 7, 2009

Khatam AlQuran

Today Negara Brunei darussalam menyambut Sambutan Nuzul Al Quran..so automatis lah Negara Ini menjalani cuti awam bersempena dengan Sambutan Nuzul Al Quran tersebut.. Hari ini aktiviti ku sangatlah padat..pukul 2 petang ini, kami semua guru-guru brunei I mengadakan majlis khatam Al Quran bertempat di Jame' Asr Hassanil Bolkiah..Insyallah..kami akan membaca surah beramai-ramai di ikuti dengan takhtim dan seterusnya bacaan doa khatam..

Alhamdulillah..dengan usaha gigih yang berterusan dapat lah jua saya menghabiskan membaca Al Quran fasa yang pertama..dan dapat khatam Al Quran bersempena dengan 17 Ramadhan iaitu hari di mana di turunkan Al Quran Al Karim.. Insyallah, Pembacaan akan di teruskan lagi sehingga masuk minggu terakhir di bulan Ramadan, iaitu minggu pembebasan dari api neraka..Oleh itu marilah kita pertingkatkan lagi amalan kita di 10 malam terakhir di bulan Ramadan kerana di antara malam sepuluh terakhir itu di anugerahkan Allah satu hari yang di panggil malam Lailatul Qadar..Semoga Allah menemukan kita dengan malam tersebut. Ameen

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ , وَمَآ أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ

تَنَزَّلُ ٱلْمَلاَئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

سَلاَمٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ

Semoga tahun ini kita akan dapat menemukan malam yang di sebut-sebut oleh Allah di dalam Kitabnya.. iaitu Malam Lailatul Qadr.. Ameen ya Rabbal 'Alamin

sepi seorang perindu



Lagu kesukaan ku ketika be karaoke..mendalam makna nya..suka dengar suara jantan jamal abdillah :)

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

siapa dia sebelum daku

minat dengan lagu ni..bila tengok youtube..ada versi budak2 UKM..kelakar hehe..lakonan berkesan..suara tetap penyanyi asal..



Aku selalu memikirkannya
Siapa dia sebelum daku
Gadis kau puja hingga kecewa
Kini kau tak menyatakan

Aku pun jua sering tertanya
Siapa dia sebelum daku
Pria kau puja hingga merana
Kau merahsiakan dariku

Sejak kau wujud dalam hidupku
Semuanya telah terpadam
Bak bayangan yang indah
Di malam purnama
Di telan mentari pagi

Friday, September 4, 2009

Solat Akhir Waktu

buka-buka email.. terjumpa lah saya artikel mengenai dengan pahala orang yang melambatkan solat nya. Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita. Jika kita berpuasa Amalan kita direct terus pada Allah.Tapi Jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita pada Allah.


Kisahnya ?..


Setiap dari kita ada malaikat di kiri dan kanan kita. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi. Untuk sampaikan amalan kita ia akan melalui tol-tol di setiap lapisan langit. Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga.


Jika sembahyang di awal waktu Tolnya "free". Sekatan tol tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah Untuk dinilaikan. Tapi Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga Tapi sekatannya MasyaAllah?.


Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita, Kenapa lewat poskan amalan kita, maka Merayu-rayulah posmen malaikat kita Minta diberi laluan. Tetapi? penjaga langit pertama Tidak peduli dengan rayuan posmen malaikat kita. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai pahala amalan kita? Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua. Dilangit kedua, Samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan. Merayu lagi posmen malaikat kita tetapi Tak dipedulinya Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi..


Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Allah. Dilangit ketiga, Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai?.Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi oleh malaikat posmen kita.


Maka..Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga.Maka? Bersedialah kita menerima pembalasannya sama ada di dunia maupun di akhirat. Tak berbaloi lah kita buat amal tetapi tak sampai kepada Allah. Dahlah Tak dinilai, Kena azab lagi nanti di akhirat. Ya Allah, Ampunilah kami ! Kerana lalai ! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan. Biarlah kami gawat di dunia. Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.Ameen

Peristiwa Agung 17 ramadan


Awwalan saya mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahu Wata 'ala yang telah memberikan rahmat kepada kita untuk menikmati hidup di dalam aman dan damai serta sihat walafiat. Selawat serta salam saya hadapkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang telah menyampaikan ajaran Islam kepada kita untuk menjadi panduan hidup bagi mendapatkan keredaan Allah dan mudah-mudahan kita akan termasuk ke dalam golongan ahli syurga. Hari ini masuk hari yang ke 14 kita melangkah di bulan ramadan.3 hari lagi kita umat Islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa agung di dalam islam iaitu peritiwa 17 Ramadan Nuzul Al Qur'an.

Peristiwa 17 Ramadan adalah salah satu hari yang berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam. Peristiwa Nuzul Al-Qur'an yang berlaku pada 17 Ramadan di Gua Hira' tahun ke 41 daripada keputeraan nabi muhammad Sallahllahu Alaihi Wasallam menjadikan satu peristiwa agung dalam kehidupan Baginda sehingga seterusnya diturunkan berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab suci Al-Qur'an karim yang ada pada hari ini. Al-Qur'an merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al Baqarah ayat 185 yang mafhumnya:

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah"

Al-Qur'an diturunkan beransur-ansur dalam masa dua puluh dua tahun, dua bulan dan dua puluh dua hari(dua puluh tiga tahun). tiga belas tahun di mekah dan sepuluh tahun di Madinah. Al-Qur'an adalah hidayah, rahmat, syifa, an-nur, al furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Dalam Sejarah kehidupan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ayat Al-Qur'an yang mula-mula sekali diturunkan Allah kepada baginda melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah 5 ayat awal daripada Surah Al-'Alaq yang mafhumnya:

"Bacalah(wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku: Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya"

Oleh itu marilah kita sama-sama menghayati rahsia dan rahmat yang terdapat di dalam Al-Qur'an selagimana kita masih berada di bulan Ramadan yang penuh suci dan berkat,dimana bulan ini di turunkan Al-Qur'an di dalamnya.Perbanyakkan ibadah dengan membaca Al-Qur'an sehingga khatam keseluruhannya kerana pahala orang yang membaca adalah pahala yang belipat kali ganda ganjarannya dari bulan-bulan yang lain. Insyallah Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al Qur'an pada hari Ahad bersamaan dengan 6 September 2009 di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas bermula jam 9 malam. Marilah kita beramai-ramai menghadiri majlis ilmu yang penuh dengan berkah ini, semoga kita sama-sama mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Ameen.

Tema Sambutan Nuzul Al-Qur'an pada tahun ini ialah :

"Kedewasaan Bernegara Dengan Zikir".

Tuesday, September 1, 2009

Ziarah Kubur

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi meminjamkan nyawa untuk ku bernafas dan mensyukuri nikmat yang di berikan, Selawat dan Salam keatas Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Hari ini merupakan malam 12 Ramadhan, kita sudah hampir ke pertengahan bulan Ramadhan,di dalam satu hadith mengatakan:

أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

“Awal bulan Ramadhan adalah rahmat, tengahnya adalah pengampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka” sekarang kita sudah masuk di bulan pertengahan ramadhan iaitu bulan pengampunan.maka perbanyakkan lah amal ibadah kita dan tingkatkan lagi taqwa keimanan kita sebelum Ramadhan meningglkan kita.

Alhamdulillah, pada hari ahad lepas saya dan juga rombongan keluarga saya pergi menziarahi kubur nenek moyang saya yang telah lama pergi ke rahmatullah. Seperti tahun-tahun yang sudah,amalan ziarah kubur ini sudah menjadi amalan yang memang di lakukan oleh penduduk di negara Brunei Darussalam. Tetapi kalau di fikirkan, janganlah amalan ziarah kubur ini hanya menjadi amalan bermusim seperti setahun sekali iaitu pada Hari Raya Aidilfitri atau bulan Ramadan saja,tetapi jadikanlah amalan ini sebagai amalan sepanjang tahun pada bila-bila masa terutama pada hari jumat.

Abu Hurairah radhiallahu 'anhu berkata: "Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menziarahi kubur ibunya, maka beliau menangis dan tangis beliau membuat orang-orang yang ada di sekitar beliau ikut menangis. Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: 'Aku minta izin kepada Rabbku untuk memintakan ampun bagi ibuku namun Rabbku tidak mengizinkannya. Dan aku pun minta izin untuk menziarahi kuburan ibuku maka untuk yang ini Rabbku mengizinkannya. Maka ziarahilah kuburan karena ziarah kubur itu akan mengingatkan kepada kematian." (HR. Muslim)


Ketahuilah ziarah kubur itu boleh mendatangkan pahala dan mendatangkan rahmat kepada orang yang meninggal dunia,asalkan kita tidak meninggalkan adab dan panduan ketika menziarahi kubur seperti kita di sunatkan berwudhu serta memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat. Malangnya, ketika kami menziarahi kubur ada segelintir wanita yang berpakaian ketat dan menampakkan susuk tubuh badan mereka. Perbuatan ini sangatlah mendukacitakan, ada baiknya kita berpakaian mengikut adab kita sebagai orang brunei yang berkonsepkan MELAYU ISLAM BERAJA. Begitu juga halnya dengan bertudung, ada baiknya ketika menziarahi kubur supaya menutup keseluruhan aurat(rambut) tersebut.

Ketika memasuki kawasan perkuburan kita disunatkan memberi salam kepada semua ahli atau penghuni kubur dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang kita ziarahi sambil memberi salam secara khusus kepadanya. Setelah itu kita di sunatkan duduk menghadap ke arah muka nya serta membaca ayat suci al Quran dan menghadiahkan pahalnya kepada ahli kubur keseluruhanya. Dan ketika membaca doa, kita di sunatkan menghadap kiblat dan berdoa semoga Allah mengampuni dosa dan melimpahkan rahmat ke atas roh ahli kubur dan diikuti dengan menjirus air dan meletakkan pelepah ayang masih hijau serta tumbuhan wangi yang masih basah atas kubur tersebut.

Di negara Brunei Darussalam lazimnya amalan bersedekah selalu dilakukan selepas ziarah kubur yang sememanganya menjadi amalan yang baik dan terpuji kerana amalan bersedekah antara sunah Rasulullah dan di niatkan kepada ahli kubur supaya pahalanya akan sampai kepada penghuni kubur berkenaan. Bagaimanapun kita di beri peringatan supaya umat Islam menjaga akidah dan keimanan mereka dalam melakukan amalan ziarah kubur itu dengan tidak mencampuradukkan dengan perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Hanya dengan cara itu kita membantu orang yang sudah meninggal dunia dengan bersedekah dan di niatkan keatas mereka.

Kesimpulannya, amalan ziarah kalau kita amati sangatlah berguna pada kita yang masih hidup kerana amalan ziarah yang dilakukan itu akan dapat memberi keinsafan dan kesedaran kepada setiap individu Muslim dengan sentiasa mengingati mati dan segera bertaubat kepada Allah. Disamping kita berharap suapa penghuni kubur akan mendapat rahmat dari Allah dan mendapat ketenteraman serta terhindar dari seksa kubur dan azab api neraka..Amen Amen Ya Rabbal 'alamin..Marilah sama-sama kita tenungkan

"Faidza ja’a Ajaluhum laa yasta’khiruna sa’ah wala yastaqdimun" (Maka apabila datang waktu kematian tidaklah dapat diundur dan tidakpula dapat dimajukan.) Saaaaalaaaammmmm.