Wednesday, December 30, 2009

Cemburu


Benarkah Cemburu Tanda Sayang?

Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kamu perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.


Tanda-tanda Cemburu

1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.

2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.

3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.

4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.

7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.

8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.


Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu

1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.

4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.


Atasi Sifat Cemburu

1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.

5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.


Kesan Positif Cemburu

1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu


Kesan Negatif Cemburu

1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah.

Wednesday, December 23, 2009

No to New Year Masihi


Assalamualaikum. Artikel ini telah lama saya simpan untuk saya post sebelum munculnya tahun baru masihi. Seperti lazimnya di seluruh dunia tidak ketinggalan juga negara kita Brunei Darussalam telah ada di adakan perayaan menyambut tahun baru masihi ini yang di tawarkan oleh hotel-hotel dan juga jamuan persendirian yang di buat oleh persatuan-persatuan kecil. Pada lazimnya orang islam sendiri telah pun terpengaruh dengan budaya menyambut tahun baru tersebut, walhal wang dan juga harta benda yang di taburkan demi menyambut tahun baru adalah perbuatan melampau dan sia-sia. Pada malam menyambut Tahun Baru Masehi, perayaan yang padanya dizahirkan Syiar Agama Nasrani yang syirik yang dilaknat Allah s.w.t. Mereka melupakan saudara seislam mereka yang ditindas, membiarkan mereka terkapai-kapai mencari pertolongan tetapi tidak diendahkan, Wang dan harta benda dibelanjakan untuk membesarkan ajaran Kristian sedangkan saudara se-Islam mereka memerlukannya untuk berjihad menjaga kesucian Islam terutama di bumi palestin yang telah ada Baitul Maqdis, tempat Isra’ dan Mikraj Muhammad Rasulullah s.a.w.


Signifikan sambutan Tahun Masihi di kalangan warga Islam, Di mana Silapnya ??


Satu Januari setiap tahun dalam kalendar Masihi adalah titik permulaan tahun baru bagi seluruh warga dunia. Penggunaan kalendar Masihi secara meluas ini terpaksa diakur dan diakui oleh masyarakat Islam. Dalam situasi ini, kedatangan 1 Januari ini amat dinantikan dan disambut dengan semeriahnya dengan pelbagai konsep, tema dan idea yang secara ‘total’nya dan keseluruhannya dipengaruhi oleh kepuasan nafsu semata-mata, misalnya perkumpulan seawal petang sehinggalah membawa kesubuh harinya dan kemuncak di antara kesemuanya ini ialah pada detik 12 tengah malam pada 31 Disember.


Secara umumnya masyarakat Islam telah melibatkan diri dan turut serta menambahkan kemeriahan dan kegemilangan di malam 31 Disember dengan masyarakat ‘non-Muslim’ yang berfahaman bebas terhadap pergaulan yang tidak terbatas. Pergaulan dan percampuran sosial ini hanya akan menjerat diri dan individu Muslim ke arah kesesatan, kecelakaan dan kehinaan iaitu dengan aktiviti bermabuk-mabukan, mengambil pil khayal dan berhibur hingga tidak sedarkan diri. Bayangkan pada malam 31 Disember, majoriti yang kita lihat ialah wajah-wajah masyarakat Islam dengan bangganya bahkan menunjukkan seolah-olah yang mereka juga berhak menyambut awal Tahun Masihi. Apabila hal sebegini terjadi ia akan menampakkan keburukan dan rendahnya martabat individu Islam di mata masyarakat luar khususnya masyarakat ‘non-Muslim’. Mungkin masyarakat ‘non-Muslim’ beranggapan bahawa agama Islam amat menggalakkan umatnya berhibur dengan sepuas-puasnya pada malam 31 Disember dengan pelbagai kemeriahan dan berkongsi sama dengan penganut agama lain. Agama Islam tidak pernah menganjurkan umatnya agar berhibur sehingga lupa akan hukum-hakam, saranan, teguran dan larangan agama. Bahkan agama Islam sama sekali tidak mendidik umatnya agar melakukan dosa dan maksiat.


Dalam hal sebegini, sewajarnya dan sepatutnya masyarakat Islam tidak terlalu fanatik, ghairah dan keterlaluan menyambut ketibaan detik tahun baru Masihi iaitu 1 Januari seperti mana yang dilakukan oleh masyarakat lainnya, biarlah mereka dengan dunia kelalaian, kebebasan, kemungkaran dan bergelomang dengan dosa dan kepuasan nafsu sendiri, sebaliknya kita seharusnya memanjatkan doa kerana dipertemukan lagi di tahun berikutnya dengan kesejahteraan, kebahagiaan, keberkatan yang kita kecapi. Tambahan pula kita sekarang sudah pun berada di bulan muharram, iaitu bulan pertama dalam taqwim hijrah. Kita baru sahaja menyambut awal tahun hijirah 1431. Marilah kita mensyukurinya


Masyarakat Islam yang mahu hiburan seharusnya diberikan alternatif yang lebih bermoral, di samping mendidik minda dan spiritual agar mengalihkan pandangan mereka dari hiburan nafsu semata-mata. Umat Islam seharusnya memeriahkan tahun baru ini dengan muhasabah diri, membanyakkan sembahyang sunat hajat, membaca Al-Qur'an dan memanjatkan doa agar diri, keluarga, masyarakat Islam dan negara kita dalam lindungan Allah Subhanahu Wata'ala jua dan terselamat dari bencana. Seharusnya kita saling ingat-mengingati sesama umat Islam agar dikurniakan pahala jika semua pihak dapat memenuhi cita rasa Islam, seandainya kita berjaya menghalang diri kita dari dikuasai nafsu akan terbentuklah sifat-sifat positif diri kita dan segala kemungkaran akan terhakis sedikit demi sedikit. salam..