::Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Benar-Benar Di Dalam Kerugian::
Thursday, December 17, 2009
Salam Tahun Baru Hijrah 1431
Salam..rasa2nya belum lama kita merayakan tahun baru hijrah 1430 sekarang ni muncul pula tahun baru hijrah 1431..MasyaAllah..maha suci Allah yang berkuasa keatas sesuatu. Pada petang hari khamis ni semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut tahun baru Hijrah 1431. Seperti biasa negara Brunei Darussalam juga tidak turut ketinggalan bagi sama2 menyambut tahun baru hijrah ini dengan mengadakan doa akhir tahun dan juga doa awal tahun di semua masjid2 di seluruh negara. Kementerian Hal Ehwal Ugama juga akan mengadakan walkaton bagi menghayati penghirjahan yang telah di lakukan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi wassalam..Perjuangan nabi dalam menegekan syiar Islam dapat kita rasakan meskipun kita tidak hidup di zaman Rasullulah, tapi sebagainya umatnya kita patut rasa bersyukur kerana Ugama Islam menjadi ugama no 1 didunia, walaupun pihak barat atau kaum kristian menafikan hal tersebut, tetapi kita dapat merasakan bahawa Islam adalah agama teragung di muka bumi ini. Syukuri nikmat yang telah di berikan oleh sang pencipta..Jadi marilah kita beramai2 datang ke masjid2 dan surau2 serta balai2 ibadat di Seluruh Brunei Darussalam bagi sama2 membaca doa akhir dan awal tahun, semoga dengan doa yang kita baca akan dapat menjadi perisai kita selama kita bernafas di muka bumi Allah ini. Untuk akhirnya saya berbesar hati ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah 1431..Moga di tahun baru ini akan memberikan kita keazaman serta ketaqwaan untuk berhijrah kepada yang lebih baik dan mulia di sisi Allah subha nahu wata'ala..Amin..Salam alaikum :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment