Monday, April 27, 2009

Rahsia Sembahyang


ALLAH begitu memberi penekanan tentang sembahyang kerana ia merupakan ibu segala ibadah.Dihadapan Tuhan kelak perkara pertama yang akan ditanya kepada kita adalah ibadah sembahyang yang mana jika tidak menepati seperti yang Allah kehendaki, akan tertolaklah segala amal kebajikan yang lainnya.Allah tak akan pandang amal yang lain sekalipun banyak jika amalan sembahyang kita tidak diterima.Begitulah peri pentingnya ibadah sembahyang hingga ia dikatakan tiang seri agama.Tertegaknya agama dalam diri seseorang itu sekiranya ibadah sembahyang dapat didirikan dengan sempurna. Ibadah sembahyang didirikan adalah dengan tujuan untuk melahirkan rasa kehambaan didalam diri.Bila rasa kehambaan tebal dihati kita ,akan datanglah perasaan takut dan harap kepada Tuhan.Bila perasaan2 itu menguasai kita maka kita rasakan diri kita hina,kerdil,lemah,dhaif dll maka dengan itu musnahlah sifat sombong ,ego,pemarah,rasa diri baik,hasad dengki dan sebagainya. Kalau kita rasa diri hina contohnya ,mana mungkin pada waktu yang sama kita rasa sombong dan ego atau bila kita rasa diri lemah dan dhaif maka kita akan dapat mengawal sifat pemarah kita. Sifat2 mazmumah ini amat merbahaya kerana ia mampu memberi mudarat kepada diri kita dan juga kepada orang2 disekitar kita.Berlakunya krisis dihari ini adalah akibat dari bertembung sifat2 mazmumah yang bersarang didalam hati2 kita.Dari sembahyang yang dihayati akan lahirlah masyarakat yang berkasih sayang,bertolong bantu, aman dan harmoni. Jadi peranan sembahyang itu melahirkan rasa hamba yang dengan rasa2 itu mampu membakar sifat2 mazmumah kita.Kalau kita sembahyang bertahun2 tapi sifat2 mazmumah kian subur bermakna ibadah sembahyang kita mungkin dicampak balik kemuka kita oleh malaikat Hafazah kerana Allah tidak terima. Kalau sembahyang Allah tak terima maka apapun amal kebaikan yang kita lakukan akan tertolak. renungkanlah wahai manusia

No comments: