Bersempena dengan masih hangatnya kita menyambut ulangtahun kelahiran junjungan besar kita nabi Muhammad SAW..ada baik nya kita renung kembali perjuangan Rasulullah SAW dalam menengakkan syiar Islam, cabaran dan rintangan yang baginda hadapi dalam mengembangkan kalimah At tauhid..Alhamdulillah, kita sebagai umatnya sangat beruntung kerana di anugerahkan seorang nabi yang sangat mengambil berat akan kepentingan umatnya..sehinggakan sampai baginda nazak pun baginda masih menyebut akan umatnya..betapa besar pengorbanan dan sayangnya baginda kepada umatnya..air mata ini terus mengalir bila membayangkan detik itu, betapa baginda ingin beban maut ketika nyawa di cabut itu di bebankan saja kepada baginda, bukan kepada umat nya..Allahu akbar..maha suci engkau ya Allah dan Salawat atas mu nabi kami Muhammad.Kami sangat merinduimu Ya Rasulullah :'(
di sini ana ingin berkongsi sedikit khutbah yang telah di sampaikan oleh nabiuna Muhammad ketika mengerjakan haji terakhir dan ini merupakan khutbah terakhir yang menjadi pedoman dan pegangan hidup kita sebagai umat nya.
(Khutbah ini telah disampaikan pada 09 zulhijjah di lembah uranuh arafah)
Wahai manusia....
Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengatahui apakah aku akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua lepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telilti kata-kataku ini dan sampaikan dan sampaikan paa orang-orang yang tidak dapat hadir pada hari ini.
Wahai manusia...
seperti mana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan setiap harta orang muslim sebagai amanah yangs uci. Kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu, kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun jua agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesunguhnya kamu akan menemui tuhan kamu, dan Dia pasti akan menbuat perhitungan diatas segala amlan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keelamatan agama kamu. syaitan telah berputs asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berja-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara yang kecil.
Wahai manusia...
Seabagaimana kamu mempunyai hak atas para isterimu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekirnya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembut terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak oleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia...
Dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima waktu sehari, berpuasalah di bulan ramahan, dan tunaikanlah zakat hari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu manpu. Ketahuailah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggunjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia...
Tidak ada Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku da tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah kusampaikan kepada kamu. Sesunguhnya aku tingalkan kepaa kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikanya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula pada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu
| |
Timbangan yang paling berat diakhirat ialah Akhlak.
Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad :)
Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad :)
No comments:
Post a Comment