Tuesday, June 8, 2010

Brunei-Dubai-Jordan 03-04/06/2010

Salam..Alhamdulillah..ana bersama family telah selamat mendarat di lapangan terbang Dubai pada jam 11 45 malam waktu dubai. Dan kami sekeluarga akan menaiki pesawat royal jordanian lagi untuk menuju ke jordan. Alhamdulillah, walaupun terasa letih yang teramat sangat kerana perjalanan 8 jam dari Brunei menuju ke Dubai, kami tetap bersemangat untuk menjejaki kaki di bumi anbiya iaitu Jordan. penerbangan kami menuju jordan hanya akan bertolak pada jam 7 pagi ke esokkan hari nya.. jadi kami semua mengambil kesempatan untuk membeli sedikit barang di dubai airport. Dah lenguh kaki berjalan, baru lah kami rehat dan tidur seketika di tempat ruang tidur yang di sediakan oleh pihak kerajaan dubai..

Hari pertama kat jordan, kitaorang just stay at home. sebab letih menempuh 14 jam perjalanan dari brunei menuju dubai, then ke Jordan.. Letih sangat..so malam tu kitaorang tidur awal cket, tapi memandang kan mata kitaorang still mata kat Brunei, jam 3 subuh waktu Jordan kitaorang dah terjaga dari lena, sebab kat Brunei dah masuk jam 8 pagi .. so kami masih belum dapat menyesuaikan diri di hari pertama kat jordan..

abi wa ummi...

hidangan yang di sedikan oleh Royal Jordanian

pemandangan indah di pantai dubai

waktu take off..pesawat royal jordanian

4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Jimie

wahhhhh
senyap2 pi Dubai dan Jordan ye
Alhamdulillah

semoga perjalan dipermudahkan oleh Allah jua hendaknya

Wassalam

Zie said...

Salam Jimie,

Seronoknyer berada di bumi anbiya.. Jordan, tak terus ke Makkah ke? Saya dulu terlepas la ambik pemandangan indah pantai Dubai dari pesawat.

Selamat bercuti, semoga semua selamat & hayati kebesaran Allah dimana jua.

JiMiE said...

Salam Abg Rozali

hehe..bawak my parents visit adik ana study kat jordan..Alhamdulillah

Terima kasih atas doa nya Amin..

JiMiE said...

Salam Zie

Alhamdulillah..memang seronok dapat melawat ke tempat2 bersejarah di bumi jordan..tak dapat nak gi mekah terus..sebab susah nak urus visa..insyaAllah lain kesempatan boleh lah hehe..

Thanks.. Amin