Sunday, March 21, 2010

Kisah Sepohon Kayu


"Diriwayatkan, ada seorang Abid dari Bani Israel yang sentiasa sibuk dengan beribadat. Sekali peristiwa datanglah serombongan manusia seraya berkata kepadanya, " Disini ada suatu kaum yang menyembah sebatang pohon kayu". Setelah mendengar berita ini, siAbid itu marah semarahnya. Lalu ia mengambil sebilah kapak dan berangkat untuk menebang pohon yang dipertuhan dan dipersembahkan itu. Didalam perjalanannya muncullah Syaitan berupa seorang manusia tua, lalu bertanya kepada siAbid itu:

"Engkau hendak kemana?"
"Aku hendak pergi menebang pohon yang dipertuhan dan dipersembahkan orang"
kata siAbid itu.
"Kenapa engkau bertindak keatas pohon itu?
Kamu tinggalkan ibadat keatas satu perbuatan yang sia-sia,
hendaklah kamu teruskan ibadat mu itu" kata Syaitan.
"Ini juga merupakan satu ibadat" dijawab siAbid,
lantas Syaitan berkata,
"Tidak sekali kali aku membenarkan kamu menebang pohon itu".

Akhirnya terjadilah perkelahian diantara siAbid dan Syaitan itu sehinggalah siAbid berjaya mengalahkan Syaitan. Syaitan mengetahui akan kelemahannya dan memujuk siAbid.

"Dengarlah kata kata ku."

SiAbid pun melepaskan Syaitan itu dan Syaitan pun berkata " Perkara menebang pohon itu bukanlah Allah mewajibkan kepadamu. Pohon itu bukanlah menggangu ibadat mu dan bukanlah kamu menyembahnya. Tuhan telah mengutuskan para AmbiaNya, dan jika dikehendakiNya pasti Ia memerintah Nabi NabiNya menebang pokok itu."

"Semestinya aku akan menebang pohon itu dan perbuatlah apa yang engkau suka"

Maka terjadilah perkelahian sehinggalah siAbid sekali lagi dapat mengalahkan Syaitan
dan sekali lagi Syaitan memujuk siAbid dengan katanya:

"Dengarlah, kini kata ku yang terakhir yang tetap akan menguntungkan kamu"
Maka siAbid pun melepaskan Syaitan dan Syaitan berkata:

"Kan kau seorang yang miskin dan menjadi beban keatas masyarakat. Kau biarkan sahaja kerja ini, nescaya aku akan berikan kepada kamu tiga dinar wang emas setiap hari. Kau akan memperolehi wang tersebut tiap tiap pagi dibawah bantal mu. Dengan ini segala keperluan mu akan terberes dengan mudah, dapat menunaikan keperluan keluarga dan dapat pula menolong orang orang fakir dan miskin. Dan dapat menggunakannya untuk mengerjakan amalan yang baik lagi menguntungkan. Jika sekiranya kau menebangkan pokok tadi, maka kau hanya memperolehi satu pahala sahaja. Kemudian penyembah penyembah pokok itu tentu akan mengusahakan yang lain pula".

Perbicaraan Syaitan itu akhir berjaya memikat hati dan fikiran siAbid lantas beliau menerima tawaran Syaitan itu. Maka menurut perjanjian dengan Syaitan itu, siAbid pun menerima duit tiga dinar wang emas selama tiga pagi berturut sehinggalah pada pagi yang keempat, duit itu tiada dibawah bantal siAbid. Meradang benar siAbid dan diambilnya sebilah kapak untuk menebang pohon itu kembali.

Didalam perjalan berjumpa lagi siAbid dengan siorang tua penyamaran siSyaitan itu dan bertanya ia kepada siAbid.

"Kau hendak kemana?"
"Aku hendak menebang pohon itu".
"Kini kau tidak berdaya menebang pokok itu" ujar siSyaitan, maka bergelutlah mereka dan si Syaitan berjaya mengalahkan si Abid. Tercenganglah si Abid lalu bertanya:

"Bagaimana mungkin kamu mengalahkan aku kerana dulu aku telah mengalahkan kamu sebanyak dua kali?'

Syaitan menjawab
"Dulu kamu mengalahkan aku kerana kamu berjuang kerana Allah,
dan kini kamu berjuang kerana wang dan kerana itu aku berjaya mengalahkan kamu"

Wuallahu 'alam

Tuesday, March 16, 2010

Ikhlaskah Kita :::

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.

Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,

“Ambillah, saya ikhlas…”

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.

“Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,

“Yang ikhlas”

“Yang Benar.”

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas:
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. kerana suruhan-Nya
2. kerana keredhaan-Nya
3. kerana arahan-Nya
4. kerana mentaati-Nya
5. kerana patuh pada-Nya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah – itulah ikhlas – dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan – maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai “kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah”.

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah – lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs – kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

1. awal
2. pertengahan
3. akhir

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:

“Inilah masanya nak jadi popular”

“Aku akan jadi terkenal…”

“Dengan ceramah ini dapatlah duit poket.”

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata:

“Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata:

“Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis.”

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

Ingatlah:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.”

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan-Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq-Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhaan-Mu, ya Allah.

Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam di malam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas adalah rahsia di dalam rahsia Allah.

Alhamdulillah..Pingat Gangsa :::





Alhamdulillah..sukan antara kementerian-kementerian sempena hari perkhidmatan awam di Negara Brunei Darussalam telah pun berakhir pada hari sabtu 13hb Mac 2010. Alhamdulillah, setelah melalui berbagai rintangan dan cobaan, pasukan bola tampar kementerian Hal Ehwal Ugama telah berjaya mengharungi setiap perlawanan dan hasil usaha kami itu, Kementerian KHEU telah berjaya memungut pingat gangsa. Alhamdulillah, pertama kali menjadi jurulatih dan pertama kali jua pasukan bola tampar KHEU berjaya memberikan saingan hebat, terutama pada pasukan tentera, polis dan juga bomba. ketiga-tiga pasukan bekenaan adalah 3 pasukan pilihan untuk mara ke separuh akhir. Pada peringkat separuh akhir, pasukan KHEU telah di tumpaskan oleh pasukan Bomba dan membolehkan pasukan bomba maju ke babak akhir. sementara pasukan Tentera berjaya menewaskan pasukan polis dan sekaligus mara ke perlawanan akhir bertemu dengan pasukan bomba.

pasukan bola tampar KHEU telah berjaya mengalahkan pasukan polis dengan perlawanan yang begitu sengit. pada set ke tiga pasukan kami telah jauh ketinggalan dari segi mata iaitu 19-11, berkat usaha yang gigih pasukan kami telah berjaya merapatkan perbezaan mata sekaligus memenangi perlawanan dengan kiraan 24-26. Dengan kemenangan itu, pasukan bola tampar KHEU telah meriah pingat gangsa. Alhamdulillah..InsyaAllah usaha akan di tingkatkan lagi di acara sukan antara kementerian di tahun hadapan InsyaAllah. Maju sukan untuk negara. Brunei Yakin!! Wassalam.

Monday, March 15, 2010

Kita Bertanya Al Quran Menjawab:::


Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya.

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidakdiuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan (perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepadaAllah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).'

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.'
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
'... ....dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12


Ku sampaikan walau satu ayat ..

** *Allah jua sebaik baik tempat untuk mengadu , Wahai Tuhan hubungkanlah aku dengan orang orang yang soleh*

Saturday, March 13, 2010

Lelaki , Wanita & Tulang Rusuk :::::

Assalamualaikum, apa kabar pembaca semua? semoga kita semua di lindungi oleh Allah dan boleh menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini dengan mengharapkan rahmat dari Allah. Cerita yang ana paparkan ini sangat lah menyentuh perasaan ana, kerana kita sebagai makhluk Allah ini tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan walaupun pada orang yang paling kita cintai. Semoga cerita ini bermanfaat bagi kita semua.

Lelaki , Wanita & Tulang Rusuk :::::

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.

Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya….

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.

Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.

Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak ‘Kamu tidak cintakan saya lagi!!!’

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak ‘Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!’

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.

Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

‘Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing’.

Lima tahun berlalu.

LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.

Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali.

Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.

Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz ‘Selamat tinggal..’

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.

Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Pengajarannya :::::::

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat…

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati…
Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu,
apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Kita merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Wallahua'lam ....

Friday, March 12, 2010

Teringat kepada Perempuan-Perempuan itu :::


Hari ini saya teringat kepada beberapa orang perempuan. Siapakah yang saya teringat itu?

Perempuan-perempuan ini, mungkin ada yang saya kenal masa sekolah rendah dulu ? Atau dimasa sekolah menengah menengah?

Apabila saya dewasa, saya berusaha memeriksa latar belakang perempuan-perempuan ini, dan mengkaji kehidupan mereka.

Mudah cerita, saya suka dengan perempuan-perempuan ini sebenarnya. Pada saya, mereka amat bermakna dalam kehidupan saya. Oleh kerana saya teringat akan mereka, maka saya ingin perkenalkan mereka kepada kalian. Perempuan-perempuan ini, adalah perempuan-perempuan yang dilupakan oleh masyarakat zaman sekarang..


Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi?

Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri?

Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana?

Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana?

Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia?

Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja?

Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada.Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini. Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman.

Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan,seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT. Maka hari ini, saya nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini.

Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah(wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT.Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.

Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti.Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya.
Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.

Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa as dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa as. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.

Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.

Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa as. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa as. Apabila dia melahirkan Isa as dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa as boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.

Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang,cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh.

Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh.

Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?”

Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah Menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang.

“Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah Hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?

Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia mas kahwinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.”

Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaiman Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?

Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW? Ummu Salamah. Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullahmengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut,tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “ Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “ Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.

Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki(kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.

Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur.Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya,
kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah.Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.

Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak.Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid.
Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid.

Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “ Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya?


“ Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”

Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka?

Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka?

Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji?

Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi?

Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi?

Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri?

Siapa?

Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan.

Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan.

Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan.

Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.

MasyaAllah....

Subhanallahi Wabihamdihi La Illa Ha Illa Anta ...Semoga kita semua tidak lupa..Amin

Wednesday, March 10, 2010

Wanita Ahli Syurga Ketua Bidadari :::::


Salam. Cerita yang sangat menarik untuk di baca.

Seorang datin telah bertanya pada seorang Ustaz , “Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah
(oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

“Di syurga nanti, selagi tak berenggang dengan suami , suami seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin.

kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai *ketua bidadari*.

Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan?

Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga;
anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi
*uruban atraaba*
yang apabila diterjemahkan bermaksud:
“sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.

Di dalam bahasa Arab, kalimah *`uruban* juga bermaksud berahi berpanjangan.
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf),
mereka ini sentiasa merindui jimak.

Tapi adakah anda pasti?

Saya beritahu lagi;
Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa
“tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur,
tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”.

Datin itu bertanya lagi ,

"Izinkan saya bertanya lagi;

“Tak nak pergi *shopping* ke?”

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk. Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya
Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain,
memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar?

Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu
diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka. Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita
(dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’… ‘latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya.
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

Dari mafhum sebuah hadith lagi.
“Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.

“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama,
kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak.
Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj. Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorang pun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya. Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga,
tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi.
Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Fikirkan ,Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..
termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam.

Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat.
Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu?

Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…
sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.
*Qaalu salaaman-salaama~ *

Lelaki dan wanita saudaraku sekalian,

Sama-sama kita meraih kejayaan didunia & di akhirat !

Artikel petikan dari saudara sesama islam . Wassalam

Monday, March 8, 2010

Alhamdulillah..off to semi final

Alhamdulillah..our team Kementerian Hal Ehwal Ugama menang perlawanan bola tampar hari ini menentang Kementerian Pendidikan. Dengan kemenangan tersebut, Kemeterian Hal Ehwal Ugama telah berjaya maju ke babak Separuh Akhir dan akan menentang pasukan dari Jabatan perdana menteri atau Kementerian Dalam Negeri. Perlawanan hari ini sangatlah mendebarkan, memandangkan kedua-dua pasukan ingin dan harus memenangi perlawanan, Alhamdulillah berkat usaha yang gigih, kemenangan berpihak kepada pasukan kami. Keputusan perlawanan sangatlah mendebarkan, markah mata yang di perolehi tidak jauh. Pasukan KHEU berjaya memenangi 3 set berturut-turut dengan pungutan mata 25-23(set 1), 25-23(set 2) dan 25-23(set 3). Kekuatan kedua belah pasukan adalah seimbang. Syukur ke hadrat Illahi kerana pasukan yang saya bimbing telah berjaya masuk ke separuh akhir. Alhamdulillah. Mudah-mudahan Pasukan KHEU akan masuk ke perlawanan akhir dan seterusnya mencipta sejarah andainya pasukan bola tampar KHEU berjaya memenangi dan menjuarai Acara bola tampar antara kementerian-kementerian Brunei Darussalam. Doakan lah yang terbaik buat kami semua. Amin

Upin Ipin Di Brunei

Salam Semua. One Malaysian Showcase telah berakhir semalam dengan kemunculan UPIN DAN IPIN..Seronok betul budak2 Brunei dapat jumpa UPIN IPIN. UPIN IPIN memang sangat popular di Brunei, kemunculan mereka berdua mendapat sambutan yang menggalakan dari penggemar siri tersebut. Hazami dan juga Eric Leong turut hadir sama di One Malaysian Showcase sebagai artis jemputan.




pic: credit to karyawan :)

Jodoh

Gunakan seluruh pancaindera. Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan, tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Kita diberi telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya untuk mengungkapkan rahasia cinta yang ditakdirkan. Ingin meneliti bakal jodoh anda? Berikut adalah 10 petanda bagi anda.

Bebas Tanpa Kepura-puraan
Kekasih kita itu bersikap ceria dan tidak berpura-pura. Coba perhatikan cara dia berpakaian, cara berbicara, cara ketawa serta cara makan dan minum.Apakah ia spontan dan tidak kaku ataupun kelihatan canggung. Kalau ia nampak kurang nyaman dengan gayanya, mungkin dia sedang berlpura-pura. Kadang-kadang, kita dapat membaca apa dia sedang berlakon saja dengan anda.

Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita senantiasa tenang, gembira dan dia menjadi obat kedukaan kita.sebaliknya. Rasa senang sekali apabila bisa bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.

Terima kita apa adanya
Apapun kisah lalu yang pernah kita lakukan, baginya tidak masalah. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya. Tidak perlu menyimpan rahasia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa jujur
Dia tidak mempermasalahkan apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum dan norma. Sikap jujur akan hadir padanya dan akan menarik hati kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku
curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.

Percaya
Setiap orang mempunyai rahasia tersendiri. Adakalanya rahasia ini perlu kita utarakan padanya agar dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahasia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahasia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka merasa aman apabila memberitahu rahasia kepada kekasihnya dibandingkan teman.

Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta kekal dalam jangka waktu yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu urusan. Segala urusan yang dilakukan perlu ada keikhlasan membantu pasangan. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Memahami diri kita
Bagi pasangan yang jodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Walau saat kita sakit, berduka, dia akan hadir menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia akan menjadi penolong. Pasangan yang ideal adalah sentiasa bersama melalui hidup ini di kala suka maupun duka, di saat senang dan susah.

Tampilkan kelemahan
Tiada orang yang sempurna di dunia ini. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahasia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan indra keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan indra batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.

Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia. Adakalanya, dalam memainkan peranan kita di dunia, kita diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi tak selalu menjadi bunga tidur. Yakinlah bahwa mimpi terkadang membawa hikmah tertentu pada diri kita. Ingat, sejak dulu manusia ada, mimpi selalu membawa petunjuk.

Sunday, March 7, 2010

Qarin

(gambar hiasan semata-mata)

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia.Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri.

Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir. Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat.Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan,banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya:
“Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin,dan juga Qarin daripada bangsa malaikat.
Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.”Sabdanya:“Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata:
“Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.”
Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya:“Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi:“Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?”Jawab Baginda:“Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafirdan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman,
bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus,sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk.Maka ditanya mengapa engkau kurus,
“Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah,apabila minum pun begitu.”Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata:“Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia meninggal dunia.Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.


Wallahua'lam..

(Sumber daripada Artikel Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam .)

Sukan Antara Kementerian_kementerian Brunei

Alhamdulillah,Negara Brunei Darussalam buat kesekian kalinya telah mengadakan pesta sukan antara kementerian-kementerian di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Majlis pembukaan resmi pesta sukan tersebut telah diadakan pada 06 Mac 2010 bertempat di padang dan belapan Stadium Haji Hassanal Bolkiah di jalan Berakas. Tetamu kehormat pada acara pembukaan itu telah di hadiri oleh anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.

Di tengah2 Acara, sempat ambik gambar

Wajah-wajah atlet KHEU

ketika acara pembukaan

Semasa acara pemukaan

Perbarisan lalu depan tetamu kehormat

Alhamdulillah, tahun ini ana telah di tugaskan menjadi jurulatih pasukan bola tampar mewakili kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. Tahun ini sebanyak 11 buah kementerian telah mendaftarkan diri bagi memeriahkan hari perkhidmatan awam di Brunei. Ana sendiri telah di lantik menjadi jurulatih, walaupun pengalaman menjadi jurulatih belum ada, tapi insyaAllah, demi amanah dan tanggungjawab akan ana laksanakan sebaik mungkin. Pasukan bola tampar Kementerian Hal Ehwal ugama telah di undi bersama2 dengan Kementerian pertahanan, Kementerian pendidikan, Kementerian Kesihatan dan juga Sumber-Sumber Utama. Pasukan KHEU(kementerian hal ehwal ugama) telah berjaya mengalahkan pasukan dari Sumber-Sumber Utama pada pembukaan perlawanan hari jumat lepas, manakala hari ini nasib tidak menyebalahi pasukan KHEU kerana telah di tewaskan oleh Kementerian Pertahanan. InsyaAllah perlawanan akan di teruskan lagi iaitu pada 07 Mac 2010 dan juga 08 Mac 2010. Pasukan KHEU akan berusaha dan meningkatkan mutu permainan demi mengharumkan nama Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Pasukan Bola Tampar Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei

Saturday, March 6, 2010

One Malaysian Showcase in Brunei



Pameran Pameran 1 malaysia akan di adakan dari 5hb Mac sehingga 7hb Mac. Bermacam2 barangan dan jualan mengambil tempat di pameran ini. Pameran ini di bukankan kepada orang ramai bermula jam 10 pagi hingga 10 malam bertempat di pusat persidangan Antarabangsa, Berakas. Dua kembar popular yang terkenal dengan sebutan betul betul betul akan membuat kemunculan khas. Datanglah beramai2 bagi memeriahkan lagi pameran 1 Malaysia. Salam

Pisang dan Hati


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…!


Yang baik itu datangnya daripada Allah,
Manakala yang buruk itu datangnya daripada kesalahan diri kita sendiri .
Sama-sama kita menginsafinya dan ringankanlah tangan kita untuk menhulurkan kemaafan & murahkanlah lidah kita untuk menuturkan kemaafan ..

La Illa Ha Illa Anta Subhanakha Inni Kuntu Minadhzalimeen ..

Friday, March 5, 2010

10 PERINGATAN BUMI


Berkata Anas Bin Malik r.a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Sama-sama kita berbakti di bumi Allah ini dengan menghargai segala nikmat yang telah Maha Pencipta berikan untuk kita.
Memang seharusnya kita sebagai hamba Allah menjalankan segala suruhan NYA
dengan tanpa bantahan demi mendapatkan keredhaan didunia & di Akhirat..

InsyaAllah..

La Illa Ha Illa Anta Inni Kuntu Minadhzalimin ...

Thursday, March 4, 2010

Surat Dari Iblis


Salam. Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah dan di golongkan dalam golongan hamba yang selalu bersyukur dengan nikmat nya. Selawat keatas junjungan besar kita nabi Muhammad SAW, hanya syafaat Mu Nabiuna yang kami harapkan di akhirat kelak. Adapun post kali ini ana ingin berkongsi sedikit artikel yang menunjukkan kesungguhan iblis laknatullah yang ingin melihat manusia terus lalai nda lupa akan Rabbuna. Betul lah apa yang di nyatakan dalam kitab Allah, bahawa iblis tidak akan berhenti memporak beranda kan kehidupan hamba Nya yang taat akan perintah nya. Iblis telah bersumpah akan menggoda sesiapa sahaja yang lalai dan lupa akan Suruhan Allah Taala sehingga lah berlaku nya hari kiamat. Dalam surat ini Iblis telah menyatakan kegembiraan nya sekiranya banyak hamba Nya tergoda dengan tipu daya nya ( Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)

SURAT DARI IBLIS(SETAN) UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu. Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu. Hai Bodoh, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu. Malah aku masih membencimu,karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH. Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani. Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua , Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk. TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya. Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa. Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak. Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan dari iblis : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun. ayat kat bawah sekali ini yang buat ana x sanggup nak simpan tanpa sebarkan surat ini.والله اعلم

Wassalam ..

Wednesday, March 3, 2010

Jangan Ungkit Kebaikan Yang Telah Dibuat ....


:::ADA banyak perkara yang kita tidak boleh lupa.
Kita tidak lupa ibu bapa,
kita ingat harta benda dan antara yang kita tidak lupa ialah
kebaikan yang pernah kita lakukan.

Malah, sesetengah daripada kita apabila berjumpa orang yang pernah kita berjasa, teringat jasa kita.

Kalau itu yang kita teringat, kita akan sentiasa banyak mengungkit dan mungkin nanti akan ada banyak halangan dalam berhubung sesama manusia.

Dalam pertemuan kali ini, mari kita mendengar pesanan dan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya.

Pesannya:
“Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang.
Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.”

Mari kita perhalusi pesanan Luqman di atas.

1. Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita. Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.

2. Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan. Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.

3. Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan. Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Allah saja yang dapat menilai apa yang kita buat.

Ditakuti nanti, apabila kita sentiasa ingat kebaikan yang kita lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan.
Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api.”

Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit. Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.

4. Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.

Bagaimanapun, agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka. Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain.

Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya.”

Lupakan kejahatan orang terhadap kita. Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria.

Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.


Wassalam ...

Tuesday, March 2, 2010

Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi,,

Artikel Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh
Muhammad Isa Selamat,

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia.”

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah” yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.


RENUNGAN :::
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar,
Maha Agung,
Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian.
Bertaqwalah kita kepadaNya,
kerana pada Allah lah kita akan dikembalikan.


Allahumma Salli Ala Muhammad' Abdika Warasulika Nabiyil Ummi Wa'ala Alihi Wasahbihi Wasaleem ..

Monday, March 1, 2010

Hadith mengenai Aurat perempuan dan penjelasan Bgn II


Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda : 2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.



PENJELASAN

Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah Saw memberitahu kepada kita di antara jenis-jenis dan sifat-sifat manusia yang menjadi ahli neraka.2 jenis sifat yang dinyatakan oleh Rasulullah Saw di dalam hadith ini adalah:


1. Mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang di maksudkan oleh golongan ini adalah penguasa-penguasa yang tidak menjalankan hukuman dengan adil dan haq.Mereka adalah golongan yang menjatuhkan hukuman dengan zalim atau mereka yang menjalankan pemerintahan dengan zalim dengan menjatuhkan hukuman dengan sewenang-wenangnya.Ini digambarkan oleh Rasulullah Saw sebagai mereka yang memegang cemeti dan mereka memukul manusia DENGAN sesuka hati mereka yang menunjukan kezaliman mereka.



2. . Perempuan yang memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaianya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.Jadi bagaimana yang tidak tutup lansung?Sama sahaja hukumnya.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta,iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan).Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta,tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul,ikatan dan toncang.Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai.Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya.Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok,malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!

Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya,bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga.Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya,tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)


Dan 2 golongan ini Rasulullah Saw nyatakan bahawa Baginda tidak pernah tengok,kerana keadaan 2 golongan ini belum wujud pada zaman Baginda Saw.Ini menunjukkan bahawa Rasulullah Saw menceritakan apa yang akan berlaku pada zaman akan datang.Dan kalau kita tengok 2 golongan yang dinyatakan oleh Rasulullah Saw di dalam hadith ini sudah pun wujud pada zaman kita ini.

nauzubillahi min zalik..Ya Allah, jauhkanlah kami dari kemurkhaan mu ya Allah..Ampuni lah dosa kami semua.. Amin

Hadith mengenai Aurat perempuan dan penjelasan


Daripada Asma' binti U'mais ra, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah datang untuk berjumpa dengan Aisyah binti Abu Bakar (isteri baginda Saw),dan bersama Aisyah pada ketika itu saudara perempuannya (iaitu saudara perempauan Aisyah) , Asma' binti Abu Bakar.Pada ketika itu Asma' memakai pakaian orang Syam (sejenis pakaian arab) yang lengannya agak luas terbuka (yang mungkin menampakkan lengan dan bahagian badan yang lain).Apabila Rasulullah Saw melihat keadaan Asma' sedemikian,lantas Rasulullah Saw bangun dan keluar dengan cepat.Apabila Aisyah melihat Rasulullah Saw keluar dengan cepat,maka dia berkata kepada kepada Asma' (mungkin Aisyah perasan apa yang tidak disenangi oleh Rasulullah Saw ) : ”Beredarlah,sesungguhnya Rasulullah Saw telah melihat perkara yang tidak disenanginya." Setelah Asma' beredar,maka Rasulullah Saw datang kembali untuk berjumpa dengan Aisyah.Maka Aisyah terus bertanya,mengapa baginda bangun dan terus keluar?Maka jawab baginda Saw : ADAKAH KAU TIDAK MELIHAT KEADAANYA (IAITU KEADAAN ASMA' BERPAKAIAN) ?SESUNGGUHNYA SEORANG PEREMPUAN MUSLIMAH ITU TIDAK BOLEH MENAMPAKKAN SESUATU DARI TUBUH BADANNYA MELAINKAN INI DAN INI (RASULULLAH SAW MENUNJUKKAN PERGELANGAN TANGANNYA DAN MENGGENGGAMNYA DAN JUGA RASULULLAH SAW MENEKAPKAN KEDUA TANGANNYA KE PIPINYA UNTUK MENUNJUKKAN MUKA SAHAJA).


Hadith ini ada dinyatakan oleh Al-Imam At-Tabrani di dalam kitabnya Al-Mu'jam Al-Kabir dan Al-Mu'jam Al-Ausat - (Kitab Hadith)
Hadith ini juga ada dinyatakan oleh Al-Imam Al-Baihaqi di dalam kitabnya As-Sunan Al-Kubra - .(Kitab Hadith)
Hadith ini juga dinyatakan oleh As-Syeikh Nasiruddin Al-Albani di dalam kitabnya Jilbab Al-Marah Al-Muslimah. - (Kitab tentang pakaian muslimat)

Secara kesimpulannya hadith ini adalah hasan sebagai mana yang dinyatakan oleh As-Syeikh Nasiruddin Al-Albani.

PENJELASAN

Daripada hadith ini,menunjukkan bahawa apa yang boleh diperlihatkan oleh seseorang perempuan muslimah dari tubuh badannya,adalah kedua belah tapak tangannya dan mukanya sahaja.Maka selain daripada itu,maka haram di perlihatkan.Ini jelas daripada apa yang Rasulullah Saw jelaskan sambil menggenggam pergelangan tangannya untuk menunjukkan paras@takat yang boleh dilihat pada bahagian tangan,dan Rasulullah Saw menekapkan tangan ke pipinya untuk menjelaskan bahawa dari bahagian kepala hanya muka yang boleh diperlihatkan…Maka selain itu,wajib ditutup…
Maksud tutup disini,adalah dilarang untuk memperlihatkan bentuknya,rupanya dan warnanya.Kalau pakaian tu menutupi tapi ketat,tak dikira tutup aurat sebab nampak bentuk.Kalau nipis,dan nampak terbayang-bayang tak dikira tutup aurat.Seperti ramai pada hari ini,wanita-wanita yang pakai tudung tapi nipis,hingga nampak bayangan leher dan rambut.Ini juga tidak menutup tidak aurat.Ini kerana tujuan pakai tudung,adalah untuk tutup keseluruhan aurat.
Secara umumnya para ulamak meletakkan syarat-syarat pakaian untuk muslimat adalah seperti berikut :
1)Mesti menutupi seluruh badannya kecuali apa yang dibenarkan untuk diperlihatkan iaitu wajah dan tapak tangan.
2)Pakaian itu janganlah terlampau berhias-berhias,hingga menarik perhatian.
3)Mestilah tebal yang tidak nipis,hingga boleh menampakkan warna kulitnya.
4)Mestilah agak besar dan tidak ketat hingga menampakkan bentuk badannya.
5)Pakaian itu sendiri tidak terlalu wangi hingga menarik perhatian orang.Manakala wangi sekadar untuk menutup bau busuk,tidak mengapa,seperti bau sabun basuh yang tidak melampau.
6)Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki,jika orang pandang sahaja,itu pakaian lelaki maka haram memakainya.
7)Tidak menyerupai pakaian perempuan kafir
8)Pakaian itu tidak pelik,hingga lain daripada yang lain.Hingga orang pandang pun pelik.

sekadar untuk peringatan bersama. yang buruk itu datang dari ana, yang baik tu semuanya dari Allah عزوجل