Pada Hari Raya Adilfitri,umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat aidil fitri.
Setiap hari pun memang kita mandi,mandi nak pergi sekolah,pergi kerja dan sebagainya…tapi itu mandi biasa,mandi harus….tukarkan kebiasaan mandi itu menjadi mandi sunat dengan niatkan semasa mandi sebagai mandi sunat hari raya,bertujuan untuk pergi solat hari raya.…senang kan?So,jangan lupa berniat masa mandi nanti.
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya aidil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”
3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Memang dah menjadi adat,persiapan raya mesti betul-betul sempurna,mesti sediakan pelbagai jenis kuih,biskut dan pelbagai lagi. Persiapan ini tak salah,bahkan keperluan,cuma janganlah sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Itu belum dikira yang hanyut dengan rancangan-rancangan TV yang disediakan menjelang raya…memang best-best la rancangan yg disediakan…panggung wayang pun satu hal,ada aje cerita baru yang nak ditayangkan sempena hari raya…haru betul la mcm ni…
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalahhu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka” ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran…tak semestinya yang baru…yang penting,yang paling baik yang kita ada…kalau setiap hari raya nak yang baru,teruk jugak jadinya.
Satu lagi, jangan la pulak menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam)…
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya” (Riwayat Al-Bukhari)
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim
Masa ni la peluang yang terbaik untuk ziarah menziarahi sesama kita…boleh menambahkan ikatan silaturrahim antara kita…pepatah arab ada mengatakan” Ziarahilah sekali sekala,nescaya bertambahlah kasih sayang”
Beberapa kesalahan yang biasa dilakukan pada hari raya:
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. So,jangan la ambil peluang nak bersalam-salaman dengan mereka yang diharamkan bersentuhan.Jaga adab dan batas pergaulan selari dengan kehendak syarak.
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai. Baru aje habis puasa,jangan la nak tambah dosa adik-adik dan kakak-kakak sekelian.Ingatlah,setiap larangan Allah terhadap hambanya itu ada banyak hikmahnya.
5) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
6) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan.Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, berziarah raya berdua-duaan dengan teman wanita ,dengan motor lagi tu…faham-faham aje la kalau naik motor…dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati.
sekadar untuk renungan kita bersama..waallahu a'lam..secara peribadi saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN..