Thursday, May 21, 2009

back to shcool


setelah lebih kurang kan setahun aku belajar mengambil pgce di ubd..now balek semula mengajar ke sekolah yang lama hehe..mudah2an ilmu yang pelajari di ubd atu dapat ku manfaatkan di sekolah and medidik anak bangsa ke arah kecemerlangan amin..saaaaaaaalaaaaaaammmmm

Sunday, May 10, 2009

ayah dan ibu


Ayah dan ibu (sudirman)

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

pasti semua pembaca udah pernah mendengar lagu ani..lagu ani di dendangkan oleh allahyarham sudirman haji arshad..memang menyentuh jiwa dan membuatkan kita menangis..sebagai seorang anak, kita wajiblah menghormati dan menghargai kasih sayang dan juga tunjuk ajar yang telah di berikan oleh keduanya.selagi mereka masih bernyawa dan selagi kita masih mampu untuk membahagiakan mereka..janganlah sekali-sekali kita menyakiti atau membuatkan ibu dan bapa kita terluka..kerana dosa anak yang menyakiti ibu bapa mereka adalah berdosa besar dan sangat di murkai oleh ALLAH..

ada satu kisah yang ku liat sendiri hari ani yang menyentuh jiwa ku,pengorbanan seorang insan yang bernama ibu..petang tadi jam 5 30 petang me,chupal and g ahm melawat si rosley dan bapanya yang terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas solat jumat kemarin..meliat keadaan si rosley memang menyedihkan..kesian..nda dapat melimpang..duduk saja sambil bantal2 di susun di belakang untuk si rosley menyandar..and bapanya limpang2 saja..lemah and nda bermaya..iatah masa kami melawat atu..ku liat mama si rosley ani sangat prihatin dan mundar mandir dari katil si rosley and katil bapa nya..tersentuh hati ku meliat betapa besar pengorbanan seorang insan yang bernama isteri dan juga ibu ani..kontena habis makan di cuci nya..padahal kontena atu akan di ambil oleh pekerja RBC..tapi tetap jua di cucinya..sudah si rosley or bapanya kan khada hajat..di ambilkannya bekas tempat membuang atu..nda ia merasa ngalih atau merungut..bila malam ia nda tidur menjaga kedua-dua dorang ani..begitu lah pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya dan juga seorang isteri terhadap suaminya..meliat keadaan ibu nya yang sudah tua atu, rasa kesian dan terharu ku tadi..nda kira sehat atau sakit..ibu juga tempat kitani mengadu dan menagih kasih sayangnya..jadi sebagai seorang anak, kita haruslah menghargai dan membalas jasa yang mereka telah curahkan kepada kita..jangan membiarkan hidup mereka merana dan kalau seorang ibu boleh menjaga seberapa ramai anak yang di kandungnya..mengapa pulang kita sebagai anak tidak sanggup untuk menjaga insan yang bernama ibu..oh ibu kau lah ratu hatiku..tak kan pernah ku lakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan air mata mu..kerana ibu lah ratu hati ku..love you mum..renungkanlah..saaalaaaammmmmm

hari ibu??


Saya tak berapa pasti sejauh mana kebenarannya, Islam itu sangat mulia. yang penting adalah nawaitu kita dan bagaimana kita hendak menghargai ibu bapa, kita tak semestinya tunggu hari-hari tertentu sahaja. kepada semua pembaca..cuba kita renungkan sejenak kisah asal usul pengertian "hari ibu" yang sebenar. kalau kita sambut hari ibu bermakna kita juga merayakan hari "IBU KEPADA TUHAN" yang menjadi amalam orang GREECE terdahalu. Ini semua sumber kristian dan sudah tentu memesongkan akidah kita. Saya juga ada terbaca dalam komen satu rencana yang mengatakan " Saya bertaubat, kalau dulu saya juga terikut ikut merayakan hari ibu tapi sekarang bila dah tahu taka akan saya buat begitu lagi dan juga pada anak-anak akan saya beritahu.jadi kewajipan saya adalah untuk beritahu semua agar JANGAN SAMBUT HARI IBU, Kalau kita kasih, sayang dan ingat jasa ibu sebaiknya sentiasa mendoakannya, tak perlu pada hari-hari tertentu saja. Setiap hari mendoakannya adalah sebaiknya dan dituntut"

kesimpulannya di sini..sama2 lah kita berfikir dan mengenang kembali akan asal usul hari ibu tersebut..kita jangan lah mudah terpengaruh dengan budaya2 yang telah di bawa oleh orang barat..sambut sedemikian adalah salah satu cara untuk mereka memesongkan akidah kita dan meruntuhkan keimanan kita kepada islam..renungkanlah..saaalaaaammmmmm

Tuesday, May 5, 2009

2 down 4 to go..


alhamdulillah..setakat ani 2 paper yang ku duduki semuanya bejalan dengan lancar..habis picak paper atu ku duduki wahahahaha..cali cali..antam kau..hehe..1st paper atu psikologi pembelajaran dan pengajaran..syukur alhamdulillah..semua yang ku target keluar..tapi mcm biasa lah ada dua tiga buting yang sumpak atu..bukan sumpak apa..idea tebantut pasal parut ku lapar udah..kami exam kul 2 petang..tapi aku siap sedia dari jam 12 tgh hari udah..nda ku dapat gerak kan kepala..kalau ku gerak kan habis tia tumpah hafalan and bacaan ku ah..iatah ku duduk bersemedi di dewan saja..orang menagur aku..ku tampar hahaha..nadawah..labih jua si pisang ani eh..nway..paper ke dua tadi..bimbingan dan kauseling..alhamdulillah jua..semua ku tejawab..tapi a little bit confuse saja..pasal apa nah..rata2 answer nya tu sama bah..tapi masa ku duduk di dewan atu ragu2 ku menjawab..nda kan 2 3 soalan ani jawapan nya sama..sekali udah ku keluar dari dewan..ku check tah bebalik jawapan ku ah(aku ani jenis nda mau2 ni..bila udah meliat jawapan diri salah baru tah menyesal hehe)..bila ku check..banar eh..semua sama jawapan nya..apa tah ertinya tu pensyarah ah..membagi peluang supaya nda banyak berfikir kali atau andang sengaja nya ..ntah lah..hanya dia dan keluarga dia saja yang tahu..so esok hari rabu(6hb mei)..kami nada paper..hari khamis baru tah ada..teknologi pendidikan dan informasi..mudahan saja sanang eh..minggu depan baru tah minggu hafalan saja..kepisan ni..kurus tah jari kelingking ku ni..hehe..bah atu saja dulu..ingau banar nya hati ku ni..selagi alum habis exam selagi atu nda nyaman hati kan mengadap komputer saja..tapi mesti jua di hadapi..kuat banar bah iblis laptop ani..ku islam kan jua udah .. ntah lah..hanya dia dan keluarga dia saja yang tahu..bah ani saja dulu ah..yang kamu atu bahapa lagi tu..agatah mandi..makan..minum..bem bem dan sebagainya hehe..yang kan exam jua atu..good luck ah..kami 4 paper saja lagi..bah makin panjang tah ku lagi nah..bah eh..udah tah..kan mandi ku hahaha..bah saaaaalaaaaaammmmmmm

Wednesday, April 29, 2009

flu khinzir


flu khinzir..satu wabak penyakit baru atau yang baiknya di sebut bala terbaru melanda negara-negara yang mengagungkan khinzir sebagai makanan asasi..alhamdulillah..di brunei binatang ani payah-payahan kan di jumpai..kalau ada pun masuk dulu dalam hutan baru tah kejumpaan tu..(arah kawan ku ada tu..belakang rumahnya hehe..)..ok lah..memandangkan flu ani masih baru dan mungkin akan berterusan sampai beberapa bulan..ani tah yang mengkuatirkan diri ku ni..takut pasal apa nah?? pasal aku kan ke jepun bulan december..lama plng lagi..tapi bari watir nda kana suruh ke sana..al maklumlah..jepun ani termasuk negara yang memakan dan memelihara binatang ani..so masa ani kami masih lagi memikirkan sama ada jadi kah nda kan ke sana..nyawa bah satu ganya..takut immune dalam badan nda kuat..hehe..mudahan tah nda berpanjangan lah flu ani..mun japan terbabit jua..tepaksa tah merubah haluan ke negara unta ni..pasal mana flu unta nda bari watir (hahahaha...cali cali cali...ketawa lah hahaha)....bah atu saja..masa ani aku merehatkan utak kajap .. barat hantap udah kepala ku ani..kan tumbang2 udah..wish me luck .. saaaalaaaaaaammmmmmm

Tuesday, April 28, 2009

menguap

Apakah selama ini kita menganggap kalau menguap itu selalu menandakan rasa bosan dan mengantuk? Ternyata anggapan itu tidak seratus persen benar. Menurut penelitian, menguap itu sangat penting bagi kesehatan. Yaitu berfungsi untuk meningkatkan asupan oksigen ke dalam otak melalui paru-paru.

Fungsi menguap sama dengan peregangan otot sebelum olahraga yaitu memperlancar aliran darah dan detak jantung.

Para peneliti juga menemukan bahwa sebelum melakukan hal yang besar, seseorang cenderung menguap. Contohnya seorang atlet yang menguap sebelum bertanding, pilot juga suka menguap sebelum terbang, dan bahkan pelajar yang menguap sebelum mengerjakan soal ujian.

Bukan hanya manusia saja yang menguap, binatang juga suka membuka mulutnya lebar-lebar dan menguap. Biasanya binatang akan menguap sebelum makan atau ketika akan berkelahi.

Menguap juga sangat cepat menular. Jadi, ketika kita melihat teman yang menguap, kita akan dengan mudah tertular dan ikut menguap. Dengan menguap menandakan otak sedang bersiap-siap dengan adanya perubahan posisi.

Bahkan bayi yang berada dalam kandungan akan menguap sebelum berubah posisi dalam perut ibunya. Menurut para peneliti, menguap juga berhubungan tingkat intelgensia seorang anak.

Menguap juga akan lebih cepat menular pada orang-orang yang kita kenal dekat. Seperti, ayah, ibu, kakak atau adik kita. Jadi, ketika kita menguap saat berada di dekat mereka dan ada juga orang lain di sekeliling kita, maka orang yang cukup dekat dengan kita lah yang akan cepat tertular untuk menguap.

fadhilat Ayatul kursi


Kisah Benar… Hampir Dirogol!!

Message: Kisah benar dari US . Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini
telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat.
Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…..