Friday, August 28, 2009

karakter saya



Karakter berdasarkan bulan kelahiran

Kamu perlu secara mental yakin sebelum kamu mengambil keputusan untuk mengikuti petunjuk pasangan. Kontak batin dibutuhkan untuk memenuhi kebutuhan seksual. Kamu murah hati, terbuka dan peduli dengan orang yang kamu sayangi. Kamu senang terlibat dalam hobi pasangan. Kamu akan mencari jawaban dan kebenaran di setiap hubungan. Kamu sedikit pemalu dan sering menunggu orang lain yang mengambil tindakan. Kamu tidak bisa hidup dalam relasi yang terlalu membatasi segala hal. Meskipun kamu secara luar dingin, sebenarnya kamu cukup emosional dan penyayang. Di hubungan seksual kamu imajinatif, meskipun kamu juga sering memimpikan fantasi erotis. Kamu mencari pasangan yang mau memuaskan pengalaman seksual. Kamu jatuh cinta dengan cepat namun kamu ragu untuk berkomitmen sepenuhnya dengan orang lain.


Nama kamu dimulai dengan huruf Z

Kamu sangat romantis namun terkadang merasakan bahwa untuk mencintai berarti siap untuk menderita. Kamu melayani pasangan dengan baik. Kamu melihat diri kamu sebagai penyelamat cinta. Kamu menarik orang yang memiliki masalah yang tidak biasa.*angkat-angkat kirai* hehe..


Warna Hijau

Jika warna favorit kamu hijau, maka kamu adalah tipe yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang sejuk. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercaya.


karakter

Humanis dan terbuka

Jujur dan setia

Original dan kreatif

Independent dan intelektual


Di sisi lain...

Keras kepala dan pelawan ( yup yup yup)

Perverse dan tidak dapat diduga

Tidak responsif dan terpisah


saja-saja nak tau..bukan pecaya sangat dengan hal2 macam ni..so jangan salah anggap dah la..saaaaalaaaammmmmm

Thursday, August 27, 2009

kesihatan

Selamat berbuka puasa bagi umat islam di negara Brunei Darussalam.Bagi umat di negara-negara yang belum berbuka puasa, teruskan jihad sampai menuju jam berbuka. Alhamdulillah,syukri bi nikmatillah, dengan nikmat nya dapat lah diriku bernafas dan meneruskan perjalanan hidup. Hari ini sudah 6 hari rakyat Brunei Darussalam berpuasa.setakat ini tiada masalah yang saya hadapi. Hari ini tadi ada rombongan dari staff pusat kesihatan Nichanath Massage service datang ke sekolah untuk memberi khidmat mencheck kesihatan guru-guru di sekolah. Jadi untuk tidak melepaskan peluang,saya sendiri telah dengan rela hati(tapi hati berdebar-debar) untuk mencheck kesihatan ku. Memang tidak ku nafikan..walaupun badan sehat macam saya ani,nda mustahil banyak penyakit di dalam badan. Pada mulanya memang terkejut dengan keputusan yang saya dapat,tapi setelah di terangkan oleh pakar kesihatan berkenaan,agak kurang lah juga tekanan yang saya hadapi.mula-mula tu takut,sebab banyak bacaan dalam badan saya di tahap yang tinggi,hanya terdapat 5 sahaja yang lulus. 7 daripadanya gagal dalam kesihatan. :( hopefully aku dapat menjalankan ibadah puasa dengan kesihatan yang mengizinkan . Ameen
Bacaan dalam badan ku melalui computerize hehe..belum di tahap bahaya..yang di tanda betul tu berada di dalam tahap yang sehat..yang tak di tanda tu berada dalam bacaan yang tinggi..so saya di sarankan memperbanyakkan olahraga :) doakan kesihatan saya .Saaaaalaaaammmmmm

Poco-Poco


Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.wuallahua'lam bissawab..sama2 lah kita memikirkannya :) saaaaalaaaammmmmmm

Monday, August 24, 2009

Forvige me

Menyesal tak berguna,itulah kata-kata yang sering kita dengar selepas melakukan pelbagai kesalahan :( .. moga kesalahan yang ku lakukan menjadi pengajaran yang berguna untuk ku di masa yang akan datang .. Moga ku mampu meneruskan perjalanan hidup .. Manusia agung pun ada melakukan kesalahan dan merasa menyesal apatah lagi diriku yang serba kekurangan. Moga pengajaran ini dapat ku ambil iktibar bagi mengelak daripada melukakan dan menyinggung perasaan orang lain .. Sungguh diriku menyesal :(

To make a mistake once is forgivable, Everybody makes mistakes. What's important is not making them twice..

Saturday, August 22, 2009

life is a journey


sebagai manusia biasa,aku memang tak terlepas dari melakukan kesalahan.baik yang di sengajakan maupun yang tidak di sengajakan. jadi bagi siapa2 yang merasakan dirinya teranaiya atau pun terluka gara-gara sikap ku,percakapan ku,perbualan ku,kata-kata ku,ulah ku,fe'el ku dan sebagainya.dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, aku memohon beribu kemaafan..andai dapat masa dapat di kembalikan,andaikata hari dapat di ulang, andai kata zaman dapat di balikkan semula pada awalnya..akan ku jaga seluruh hati,perasaan keluarga,kawan-kawan,sahabat2,rakan taulan,kenalan-kenalan dan seseiapa saja yang mengenali diri ini daripada terluka..akan ku jaga hati mereka seperti aku menatang minyak yang penuh. Dan yang paling aku kesalkan adalah..kesalahan ku di depan Allah subhanahu Wa taala..diriku amat menyesali akan perbuatan-perbuatan yang telah aku lakukan..Ya Allah.terima lah ibadah hamba mu yang hina ini,jauhkan diriku dari kehitaman hati, kebusukan perasaan terhadap hamba-hamba mu yang lain..berilah aku peluang untuk melalukan taubat sebelum kau memanggil ku berhadapan denganmu ya Allah..Aku tidak menyalahkan akan kedua orang tua ku yang telah medidik aku dari sejak aku didalam kandungan ibu ku yang tercinta,didikan kedua orang tua ku amatlah besar dan bermanfaat dalam hidupku,aku menyalahkan diri ku yang hanya begitu hanyut di dalam lautan keseronokan duniawi ya Allah. Aku beruntung kerana mempunyai orang tua yang begitu prihatin terhadap kemaslahatan anak-anaknya,memberi didikan dunawi dan ukhrawi..Ya Allah limpahkan rahmat mu keatas orang tua ku,sahabat-sahabatku,rakan-rakanku,keluargaku dan semua orang yang mengenali diri ini ya Allah..moga setelah kami di panggil mengadapmu ya Allah..engkau golongkan kami berada bersama-sama dengan orang yang solihin dan solihah..masuk kan kami dalam jannah mu ya Allah..Tuhan yang maha mendengar dan penerima taubat.. wallahua'lam .. saaaalaaammmmm

Kisah Lucu Di Bulan Puasa

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi

Friday, August 21, 2009

salah faham

Hari ini hari terakhir kita di bulan sya'ban 1430 hijrah. malam ini bermula la solat terawih dan juga bertedarus di seluruh masjid-masjid Brunei Darussalam. Insyallah,malam ni ada jemputan di masjid Omar Ali Saifuddien bandar untuk majlis pembukaan resmi bertedarus sepanjang bulan Ramadhan. So tadi khutbah jumaat pun di sebutkan mengenai dengan Ramadhan, dan yang lucunya khutbah hari ini telah menyebutkan mengenai dengan cara melihat anak bulan sama ada di bulan Ramadhan dan juga Syawal. Dalam khutbah ini menyatakan orang-orang kitani(orang brunei) selalu memandang buruk terhadap orang yang di pertanggungjawabkan untuk melihat anak bulan ani..orang2 kitani selalu becakap di belakang..kalau anak bulan di brunei ani nda nampak,keluar tah pandangan2 negatif dari orang2 kitani..durang ucapkan mata orang yang melihat anak bulan ani kabur and orang2nya tua2 udah, dan lagi , teropong yang di gunakan oleh orang yang melihat anak bulan ani rosak lah dan bermacam2 lagi..kan halnya..bila saja anak bulan syawal nda nampak di brunei ani,and anak bulan syawal di negara2 lain seperti malaysia and indonesia nampak,so negara malaysia n indonesia ani awal sehari berhari raya daripada Brunei..so penduduk di Brunei di wajibkan lagi berpuasa sehari sedangkan negara2 lain udah mula menyambut hari raya..di sini tah nampak kedegilan orang Brunei kitani..Pemerintah udah memerintahkan supaya di wajibkan berpuasa dan di genapkan puasa atu 30 hari..tapi ada segelintir orang2 kitani yang nda mau berpuasa di hari tersebut dengan alasan negara malaysia dan juga indonesia sudah menyambut hari raya..esy esy esy..jgn miatu..nda boleh tu..kitani mesti mengikut apa saja titah dari pemerintah kitani..ulul amri ..jgn tah di ikutkan negara-negara lain atu.

Surah Annisa (4) ayat 59 :

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

jadi kita fikir-fikirkan lah wahai orang-orang islam di Brunei..saaaalaaaaaammmmmm