Monday, September 22, 2008

lailatul qadar

tidak terasa masuk hari ani,kita sudah memasuki minggu ke 3 di bulan yang penuh suci ini, oleh itu kita sekarang ani sudah berada di 10 malam terkahir di bulan ramadhan. seperti yang kita maklum 10 malam terkahir merupakan malam yang penuh dengan rahmat dan keberkatan. oleh itu kita hendaklah mencari malam lailatul qadar itu dengan penuh berusaha.
Rasulullah seperti diriwayatkan sentiasa menggandakan amalannya pada bulan ramadhan, namu begitu baginda akan lebih menggandakan lagi amalannya pada sepuluh malam yang terkahir pada bulan Ramadhan. Lailatul qadar merupakan malam yang di tunggu-tunggu oleh setiap umat islam tiada seorangpun yang mengetahui waktuyang tepat berlakunya malam lailatul qadar. Jesteru itu mereka akan melakukan sebanyak mungkin amalan pada setiap malam terutamanya 10 malam terkahir dan mengharapkan agar mereka menemui malam lailatul qadar. Setiap orang yang beramal tanpa mengira malam Lailatul Qadar akan pasti menemuinya kerana dia sentiasa melakukan amalan zikir, solat sunat dan pelbagai lagi amalan tanpa mengira waktu di bulan Ramadhan. Para Ulama berselisih pendapat dalam menentukan sama ada malam Lailatul Qadar itu tetap ataupun berubah-ubah dan mereka menyatakan : Kemungkinan adanya Lailatul qadar pada malam-malam ganjil dan sepuluh hari yang terakhir dan bulan Ramadhan.

No comments: