::Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Benar-Benar Di Dalam Kerugian::
Saturday, October 17, 2009
Agihan Zakat
Alhamdulillah..syukru bi nikmatillah..kerana masih meminjamkan nyawa untuk ku bernafas menikmati kehidupan dan memperbolehkan aku terus bersujud mengadap mu ya Allah, dan memberikan ilmu yang berguna kepada anak bangsa ku,supaya mereka tidak tersesat dan terus berusaha untuk memperjuangkan dinul islam yang suci lagi murni. Ketika saya duduk mendengarkan khutbah jumat semalam, hati saya berfikir, kenapa ada sesetengah golongan manusia terutama di Negara Brunei Darussalam yang mengaku dirinya fakir hanya semata-mata ingin mendapatkan agihan zakat yang di peruntukkan kerajaan bagi golongan fakir miskin di negara ini. Ada juga golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat hanya kerana mereka mendakwa kononnya mengeluarkan zakat itu merugikan mereka. padahal harta yang dizakatkan itu tidak akan berkurangan tetapi bertambah dan lebih beruntung lagi mereka sudah di janjikan oleh Allah dengan ganjaran syurga Firdaus di akhirat kelak.
Dalam khutbah jumat semalam juga imam ada menegur golongan yang mengaku fakir atau miskin sedangkan ada orang lain yang dapat menanggung nafkahnya atau perbelanjaan hariannya atau keperluan lain yang mustahak bagi dirinya, kerana mereka tidak lagi di nakamakn fakir atau miskin dengan sebab ada orang yang menanggung nafkahnya atau keperluannya. sebagai contoh seorang bapa,ibu, datuk atau nenek yang fakir atau miskin yang nafkahnya ditanggung oleh anaknya atau cucunya atau mana-mana yang wajib menanggung nafkahnya secara cukup menurut keadaannya, maka bapa, ibu, datuk atau nenek itu tidak lagi ditakrifkan sebagai fakir atau miskin. Imam juga ada mengingatkan bahawa jika seseorang itu tidak termasuk dalam golongan yang berhak menerima zakat, maka perbuatan mengaku dia seorang fakir itu adalah haram dan berdosa besar.
Firman Allah dalam surah Al Faathir ayat 29: ~Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi~
Dengan pemberian zakat kepada golongan fakir miskin akan dapat membantu meringankan beban kesusahan yang mereka tanggung. itulah antara hikmah di wajibkan zakat kerana dapat mewujudkan kehidupan yang harmoni di kalangan umat Islam, merapatkan persaudaraan di antara yang kaya dengan yang miskin, dapat menhindarkan kebencian, kedengkian dan permusuhan bahkan menimbulkan perasaan kasih sayang, belas kasihan dan tidak mementingkan diri sendiri. Namun sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa berusaha dan berikhtiar memperbaiki kehidupan yang lebih baik kerana nasib dan rezeki tidak akan berubah jika kita sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya.
Imam juga mengingatkan orang yang yang mengeluarkan zakat itu hendaklah tahu dan yakin apa yang diberikannya kepada orang yang berhak menerimanya bukanlah kerena kemurahan hatinya tetapi adalah hak yang sudah ditetapkan oleh Allah. Penerima zakat juga perlu beringat bahawa Allah mewajibkan pemberian zakat itu adalah untuk mencukupkan keperluannya supaya menjadi pertolongan kepadanya untuk mengerjakan ketaatan serta mensyukuri kepada orang yang memberikan zakat itu serta mendoakan dan memjuji kebaikan dan keikhlasan meraka.
"Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku'."
Al Baqarah ayat 43.
Assalamualaikum...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment