::Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Benar-Benar Di Dalam Kerugian::
Saturday, October 10, 2009
Papadom
Papadom..sebuah filem arahan afdlin shauki yang sangat menarik..saya memang meminati hasil tangan afdlin shauki, papadom memang saya nantikan tayangan nya di brunei setelah mendapat tahu yang filem ini telah memenangi banyak anugerah di festival filem malaysia yang lalu. filem ini sangat menarik kerana ianya mengisahkan betapa kasih dan sayangnya seorang bapa terhadap anak perempuannya. betul kata orang, menjaga sepuluh ekor sapi lebih senang daripada menjaga anak dara seorang. Filem ini telah menjadi filem terbaik di festival filem malaysia yang lepas, afdlin shauki memang layak menyandang gelaran pelakon lelaki terbaik dan liyana jasmay memenangi pelakon wanita terbaik. Memang lakonan mereka berkesan, terutama watak yang di bawakan afdlin, dia boleh membuat kita ketawa dan juga menangis dalam masa yang sama. Afdlin memang berbakat. Tahniah Afdlin. Begitu juga dengan liyana jasmay, watak seorang anak yang pada awal nya kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada bapanya yang sibuk dengan hal bisnis nya sehinggakan tiap kali anaknya menyambut hari jadi,bapanya sering terlupa dan membuatkan si anak merasa kurang senang dengan sikap bapanya. Setelah kejadian yang menimpa ibu nya, barulah si bapa rasa menyesal dan mula menunjukkan kasih sayangnya yang tak berbelah bagi, sehinggakan si bapa masih merasakan yang si anak ini perlu di jaga walaupun sudah melangkah ke universiti. Di sini lah bermulanya babak yang melucukan dan mencuit hati para penonton. Saya memang berpuas hati dengan hasil filem ini hinggakan ada ketikanya saya juga mengalirkan air mata mencurah-curah kerana merasakan betapa peritnya dan susahnya menjalani kehidupan menjadi seorang bapa yang mahukan anaknya menjadi anak yang soleh dan mampu membahagiakan keluarga dan kehidupannya sendiri. Kepada semua peminat-peminat filem afdlin shauki, saya syorkan untuk menonton filem ini dan rasanya tak rugi dan berbaloi kalau kita menonton filem ini..Saya memberikan 5 Bintang pada filem ini dan harap-harap Afdlin akan terus menghasikan filem-filem yang sebegini dan moga Afdlin shauki akan terus berkarya and All The Best for you Afdlin..salam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment