Saturday, November 28, 2009

kecantikan..

Kecantikkan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun."

Surah Al-Ahzab: Ayat 71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Wallahualam.

Wednesday, November 25, 2009

Salam Eidul Adha

Salam. tinggal beberapa hari saja lagi kita akan sama-sama menyambut hari raya qurban atau hari raya aidiladha. Kalau kita lihat dari laporan haji yang di paparkan dalam astro oasis, sungguh terharu sekali melihat lautan manusia yang telah membanjiri kota makkah. Terdetik hati ini, bila kah diri ini akan sampai lagi ke dua tanah haram tersebut. Melihat gambar yang di paparkan oleh para blogger malaysia terutama blogger encik manzlie yang bertugas di kota makkah, sungguh hati ini ingin sekali untuk menjejak kan kaki lagi ke sana menjadi tetamu Allah sebagai jemaah haji Insyallah. Mudah2an Allah memakbulkan doa ku untuk sampai ke Baitul Haram. Selamat menempuh perjalanan sebagai tetamu Allah kepada saudara, sahabat dan semua kaum muslimin yang sedang melakukan ibadah haji. Semoga ibadah haji mereka di terima oleh Allah Ameen. Semoga di permudahkan dalam menjalankan ibadah terutama sekali wuquf dan melontar di ketiga2 jamrah.


keadaan masjidil haram yang penuh sesak dengan jemaah .. MasyaAllah..(credit to encik manzlie)..lautan manusia yang mengharapkan rahmat daripada Allah..Semoga semua jemaah haji mendapat haji yang mabrur. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA..Ameen .. Salam

Friday, November 20, 2009

sifat kelahiran ku..

Ada yang betul dan ada yang kurang pasti..yang paling betul..yang akhir sekali hehe..sukar ntuk di bendung huhu..

Bercita-cita tinggi
orangnya serius Suka mendidik dan dididik
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikira dan mendalam
Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah dirangsang
Agak pemalu
Daya tumpuan yang sangat tinggi
Mudah mendisiplinkan diri sendiri
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
Cukup sayang pada kanak-kanak
Suka duduk di rumah
Setia pada segala-galanya
Perlu belajar kemahiran sosial
Cukup cemburu yang sangat tinggi

Saturday, November 14, 2009

Perempuan


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu cuba “mengorat” dia. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
2. Jika kamu berpakaian segak, dia fikir kamu cuba untuk menggoda perempuan lain.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu tak pernah dengar cakap dia.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu dah bosan dengan dia.
4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan cari “point” untuk jatuhkan kamu.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang “ewh nak melawan pula”.
5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba menggoda kamu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk bermain kayu tiga.
6. Jika kamu share masalah dengan dia, dia akan dengar tapi dalam hati “tu masalah kamu”.
Jika tidak, dia tuduh kamu merahsiakan sesuatu daripadanya.
7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang yang tidak memahami.
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai dan di “level” sebagai lelaki penipu.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia akan memberi 1001 alasan untuk “cover”.
9. Jika kamu menyakitinya, kamu dianggap kejam dan dayus.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukaruntuk dijaga hati.
10. Jika kamu mengatakan ini pada mereka yg bernama perempuan, mereka pasti bersumpah kerana semua ini tidak benar.ahaaakssss….

Sekadar pengetahuan kita bersama..salam....

Ingatan Bersama

Pesan dan berpesan antara kita....SEBELUM TIDUR

Tafsir Haqqi:

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat
melaksanakan empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku,maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil ,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Tuesday, November 10, 2009

pengajaran buat ku


salam. dua hari yang lepas saya telah mengorder pizza hut dan saya sungguh menyesal dengan perbuatan yang saya buat kepada tukang pizza delivery tersebut. al kisahnya..waktu itu brunei mengalamai hujan yang sangat lebat dan saya merasa sungguh lapar dan teringin sangat nak makan. so i decided to order pizza hut. Dalam hati saya memang tak terfikir apa-apa selain nak memikirkan makan saja. bila saya tengah tunggu2 kedatangan pizza tersebut saya ada lah borak2 dengan kawan2 dalam msn. dalam msn itu saya dengan bangga memberitahu kawan yang saya sedang menunggu pizza.

me : best nye..tengah tunggu pizza. malas nak keluar sebab hujan lebat hehe
fren : hujan lebat..kenapa tak keluar sendiri. kan ada kereta
me : kan dah cakap malas hehe
fren : u ni mementingkan diri sendiri. tau la itu kerja orang pizza hut nak hantar delivery order, tapi tak terfikir ke, pekerja pizza hut itu pun manusia biasa. apa lagi bawak motor hujan-hujan hantar delivery awak. awak tak kesian ke?
me : ala.. itu kan kerja dorang
fren : tau la kerja dorang, tapi perikemanusiaan la sikit. kesian juga dorang bawa delivery order dalam hujan-hujan. bukan apa, sya pun bawak motor juga. saya dapat rasa kesusahan orang bawa motor dalam hujan tu
me : (speechless)

lepas tu saya pun terus sign out dan berfikir. saya rasa menyesal tak memikirkan keselamatan orang lain. hati terus berfikir..kesian juga orang delivery tu..saya tak akan memaafkan diri sendiri sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku .. satu pengajaran yang amat bermakna yang saya terima hari tu. lepas ini saya tak akan berbuat demikan lagi dan akan belajar untuk tidak mementingkan diri sendiri hanya kerana untuk memuaskan nafsu makan saya. saya minta maaf kepada budak yang hantar delivery order tersebut. :( Salam

Wednesday, November 4, 2009

melukut tepi gantang



Di malam yang sunyi

Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi

Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namunkah hanya sekadar
Tinggal kata-kata

Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..

mendengar lagu ini, hati sungguh tersentuh..adakah hidupku seperti melukut di tepi gantang :(

Tuesday, November 3, 2009

Graduation day

Alhamdulillah..perkara ini telah berlaku pada 31hb Oktober 2009. Setelah lebih setahun belajar sijl lepasan ijazah(bahasa arab sebagai bahasa kedua)akhirnya dapat juga saya dan kawan-kawan yang lain menikmati jawatan tetap sebagai guru dan juga boleh memohon apa-apa saja keistimewaan yang di berikan kepada pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan kerajaan Brunei Darussalam. Seperti lazimnya, para penerima sijil dan diploma akan di serahkan oleh anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia,tapi pada tahun ini kami sangatlah berbesar hati dan berbangga kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Haasanal Bolkiah sendiri yang menanugerahkan sijil-sijil dan diploma. Ini adalah kali pertama dalam sejarah penerima-penerima sijil dan diploma menerima dari KDYMM..Alhamdulillah.




Syukur keatas Allah SWT..Selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW..Salam