Tuesday, November 3, 2009

Graduation day

Alhamdulillah..perkara ini telah berlaku pada 31hb Oktober 2009. Setelah lebih setahun belajar sijl lepasan ijazah(bahasa arab sebagai bahasa kedua)akhirnya dapat juga saya dan kawan-kawan yang lain menikmati jawatan tetap sebagai guru dan juga boleh memohon apa-apa saja keistimewaan yang di berikan kepada pegawai kerajaan yang berkhidmat dengan kerajaan Brunei Darussalam. Seperti lazimnya, para penerima sijil dan diploma akan di serahkan oleh anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia,tapi pada tahun ini kami sangatlah berbesar hati dan berbangga kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Haasanal Bolkiah sendiri yang menanugerahkan sijil-sijil dan diploma. Ini adalah kali pertama dalam sejarah penerima-penerima sijil dan diploma menerima dari KDYMM..Alhamdulillah.




Syukur keatas Allah SWT..Selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW..Salam

No comments: