Tuesday, November 10, 2009

pengajaran buat ku


salam. dua hari yang lepas saya telah mengorder pizza hut dan saya sungguh menyesal dengan perbuatan yang saya buat kepada tukang pizza delivery tersebut. al kisahnya..waktu itu brunei mengalamai hujan yang sangat lebat dan saya merasa sungguh lapar dan teringin sangat nak makan. so i decided to order pizza hut. Dalam hati saya memang tak terfikir apa-apa selain nak memikirkan makan saja. bila saya tengah tunggu2 kedatangan pizza tersebut saya ada lah borak2 dengan kawan2 dalam msn. dalam msn itu saya dengan bangga memberitahu kawan yang saya sedang menunggu pizza.

me : best nye..tengah tunggu pizza. malas nak keluar sebab hujan lebat hehe
fren : hujan lebat..kenapa tak keluar sendiri. kan ada kereta
me : kan dah cakap malas hehe
fren : u ni mementingkan diri sendiri. tau la itu kerja orang pizza hut nak hantar delivery order, tapi tak terfikir ke, pekerja pizza hut itu pun manusia biasa. apa lagi bawak motor hujan-hujan hantar delivery awak. awak tak kesian ke?
me : ala.. itu kan kerja dorang
fren : tau la kerja dorang, tapi perikemanusiaan la sikit. kesian juga dorang bawa delivery order dalam hujan-hujan. bukan apa, sya pun bawak motor juga. saya dapat rasa kesusahan orang bawa motor dalam hujan tu
me : (speechless)

lepas tu saya pun terus sign out dan berfikir. saya rasa menyesal tak memikirkan keselamatan orang lain. hati terus berfikir..kesian juga orang delivery tu..saya tak akan memaafkan diri sendiri sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku .. satu pengajaran yang amat bermakna yang saya terima hari tu. lepas ini saya tak akan berbuat demikan lagi dan akan belajar untuk tidak mementingkan diri sendiri hanya kerana untuk memuaskan nafsu makan saya. saya minta maaf kepada budak yang hantar delivery order tersebut. :( Salam

No comments: