::Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Benar-Benar Di Dalam Kerugian::
Thursday, August 14, 2008
Nisfu Sya'aban
Nisfu beerti setengah atau separuh, Nisfu sya'aban beerti kita sudah sampai di pertengahan bulan Syaaban,tidak lama 2 minggu lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan Al Karim, Bulan yang di tunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam Di pelusuk dunia,selain bulan Ramadhan, Bulan Syaaban juga banyak kelebihan dan fadhilat nya..Hari Nisfu Sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru, Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru adakn bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk waktu maghrib).
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu sya'aban :
1. Selepas Solat maghrib(15hb Sya'aban,sabtu malam), solat sunat nisfu sya'aban 2 rakaat
Rakaat 1 : Baca Al Fatihah & Surah Al-Qadar 1X
Rakaat 2 : Baca Al Fatihah & Surah Al Ikhlas 3X
2. Membaca Surah Yassin 3X selepas Solat Maghrib(15 Sya'aban, sabtu malam)
(i) Selepas Yassin Pertama : memohon dipanjangkan umur untuk beribadah kepada ALLAH
(ii) Selepas Yasin kedua : Memohon rezeki yang halal untuk beribadah kepada ALLAH
(iii)Selepas Yassin ketiga : memohon ditetapkan iman dan islam & mati didalam iman &
pohonlah segala kebaikan dunia dan akhirat.
kemudian baca istighfar 11X & Selawat 11X
3. Baca Surah Ikhlas 1000X
4. Berpuasa pada siangnya(sabtu)
Antara Kelebihan Bulan Sya'aban :
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka ALLAH haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi ALLAH Yusof didalam syurga
2. Riwayat dari Osman bin Abi Al-As, Sabda Nabi muhammad SAW : Pada malam nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, ALLAH turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka aku perkenankan permintaanya. adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa kepada ibubapa kita.
oleh itu marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan kita kepada ALLAH SWT, dengan memanjatkan rasa syukur dan insaf setelah di berikan umur yang panjang untuk kita bertemu di bulan Sya'aban dan insyallah mudah-mudahan akan di pertemukan lagi di bulan Ramadhan AL Karim. Amin Amin Amin ya Rabbal A'lamin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment