Tuesday, August 11, 2009

love? sacrifice? jelaous?


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terang an sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya , sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalamterhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian , lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada.Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Sunday, August 9, 2009

berkelah

Hari jumat kemarin, ana and my begila2 geng be picnic..biasa orang bepicnic ani hari minggu,tapi kami kan membuat kelainan sikit,kami buat hari jumat.so malam atu aku nda betidur,sebab be uri ku kan membookingkan tempat menyalai di pantai berakas ah..so sampai pagi ana nda betidur..kul 7 30 atu jalan tah ku menuju ke pantai berakas..udah sampai di sana,ana hanya di temani tupai,monyet,biawak dan alam sekitar hehe..rupa2nya nada orang langsung..hanya beberapa orang pekerja yang mengubah suai tempat peranginan ani..so datang ja sana tarus ana angkut barang2 turun dari keta ana and ana pun memulakan sesi memarakkan api untuk menyalai..walaupun ana sorang ja sana atu..tapi dengan teknologi yang ada pada kamera masa ani,dapat tah jua ana begambar2 sorang2..sedih kan sedih kan..memang la sedih..kawan2 alum lagi datang .. so ana nda mau buang masa..so 1st yang datan lepas ana ialah si chupal,thanks chupal hehe..and then baru tah the those beauty gurlssss datang..then sorang demi sorang datang di pantai atu..sampai tah kami mencecah ber "sembilan" orang saja..actually banyak yang kami jemput..tapi yang "belaku" datang iatah ganya tu .. sedih kan sedih kan..nda apa..walau apa pun yang tejadi..hidup mesti di teruskan..so udah marak api atu..mula tah kami sesi menyalai2..


selepas beberapa minit..baru tah member2 yang pompuan datang hehe..mula tah ibunan,ketawa,be gossip,menyamal,belawan cakap dan sebagainya..pandai bah kawan2 ku ani bekelai hehehe..siuk berabis la..sampai kami nda kan mau balek bah .. pakal saja ada ambuk haha..cerita pasal ambuk ani tah, siuk2 kami begambar kan,tiba2 sekumpulan monyet datang menyerbu makanan kami..habis roti,ayam dan seumpamanya di makan dorang, rezeki dorang tah jua banar,tapi gerigitan ana meliat dorang makan makanan kami ah..pasalnya ada yang ana alum ampit makan huhu sialan bebenor..liat saja gambar2 kami di bawah ani hehe

cuba perhatikan gambar2 monyet yang betuah itu hehe..dasar..telanjang lagi tu..

lepas kami begossip,chatting,bekelahi,baibun dan sebagainya..kami pun turun tah kebawah arah pantai kan menanam si alif and kan mandi selajur hehe..fun eh..mandi pakai seluar jeans hehehe..




ok sampai sini ja dulu..saaaaalaaaaammmmmmmmmmmmmm

doa menghindarkan kesulitan dan kepayahan


Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

Doa Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun.

Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulallah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun.

Iaitu :(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)

SURAH AL-ANBIYAK(21):87

Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain.

Jadi, jikalau kita rasa susah hati dan menghadapi kesusahan serta kepayahan, maka bacalah doa ini. Disamping itu kita jangan lupa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah. Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kita. Tatkala kita membacanya patut kita hayati sungguh-sungguh bahawa kita telah menzalimi diri kita. Oleh itu kita bertaubat daripada segala dosa, samada kecil atau besar, yang disedari atau tidak, terhadap manusia atau dosa terhadap Allah. Mudah mudahan Allah mengampunkan segala dosa kita dan melapangkan segala kesempitan kita.

------------------------------------

Doa Nabi Yunus a.s ketika berada di dalam perut ikan adalah (لا إله أنت سبحانك إني كنت من الظالمين)

Setiap muslim berdoa dengan ayat ini akan diperkenankan doanya.(HR Tirmizi)

Monday, August 3, 2009

istimewanya solat



Salam..kadang-kadang kita sanggup mengorbankan wang ringgit kita untuk kelihatan cantik dan menawan..tetapi tahu kah kita bahawa air wudhu adalah ubat yang mujarab dan murah untuk di gunakan..Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan
kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berzikir, dan berdo’a.

Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika
solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu mohonlah pada Allah
SWT dengan zikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, ”Allahuma Kamma
Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah
memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlak ku). (HR Ahmad).-

DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong
atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2
kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS
iaitu selang satu hari.

Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu……

1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di alam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :

Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam
kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :

Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :

Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A.W. bersabda :

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak
sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka
mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

so jangan lupa dirikan lah solat..kerana solat itu tiang agama..kalau kita terlalu menjaga tiang rumah kita daripada roboh mengapa kita tidak menjaga tiang agama kita yang juga daripada roboh..fikir2kan lah wahai umat manusia saaaaaaalaaaaaaammmmmmm

Wednesday, July 29, 2009

hubungan jarak jauh

Syarat utama menjalani hubungan interlokal dengan sukses adalah komitmen Anda berdua. Jika Anda baru akan memulainya, misalnya Anda bertemu seseorang yang menarik di chat room atau di komunitas virtual macam friendster,facebook dan sebagainya, tanyakan pada diri sendiri apakah Anda benar-benar bersedia menjalani hubungan cinta jarak jauh tersebut. Tanyakan juga apakah Anda bisa memiliki cukup komitmen untuk menjalaninya. Soalnya, Anda tentu tak berharap pasangan Anda di kota lain atau di belahan dunia lain ternyata hanya menjalani hubungan cinta jarak jauh ini hanya untuk sekadar main-main, bukan? Jarak jauh atau tidak, hubungan asmara yang gagal bisa mengakibatkan patah hati yang sama kuatnya, terutama sekali jika Anda sudah terlanjur menaruh harapan yang besar pada hubungan tersebut.

Lalu, bagaimana halnya jika yang terjadi adalah Anda sudah menjalin hubungan dengan seseorang tetapi Anda atau pasangan akan pergi ke luar kota atau ke luar negeri untuk waktu yang lama untuk sekolah atau bekerja? Anda berdua juga harus melakukan evaluasi. Tanyakan kepada diri Anda masing-masing seberapa jauh Anda berani berkomitmen terhadap hubungan tersebut. Lalu bahas bersama pasangan bagaimana Anda berdua akan menghadapi hambatan jarak tersebut beserta segala konsekuensinya nanti.

Bicarakan juga komitmen lain yang berbau teknis, seperti misalnya minimal berapa kali dalam seminggu Anda berdua akan berkomunikasi atau saling mengunjungi, jadwal-jadwal Anda berpacaran melalui internet, dan sebagainya. 0 ya, menurut Sheriff, kelanggengan hubungan cinta jarak jauh ini relatif tak tergantung kepada berapa lama Anda sudah menjalin hubungan. “Faktor yang paling berperanan di sini adalah komitmen,” katanya. Pacaran baru dua bulan atau lima tahun cenderung tak memengaruhi kesuksesan. Jadi, jika Anda berdua sudah bersedia, pertahankan komitmen dan persiapkan diri Anda.

Percayai Pasangan Anda
Satu hal yang biasanya menjadi hambatan besar dalam hubungan jarak jauh adalah masalah kepercayaan. Ketika kekasih Anda pergi, kecemasan akan segera datang menyerbu. Apakah dia tak akan menjalin hubungan dengan orang lain? Bagaimana kalau ternyata ia bohong? Bukankah Anda tak akan punya cara untuk mengetahui apakah semua ceritanya nanti benar? Apakah ia nanti akan menemukan orang lain yang lebih baik dan memutuskan Anda? Stop pikiran-pikiran seperti itu. Anda cemaskan atau tidak, hal-hal tersebut memang tak dapat diramalkan. Tetapi, Anda tak hidup di masa datang. Pada saat ini, detik ini, hal yang bisa Anda lakukan adalah berharap yang terbaik sambil terus menjaga kepercayaan Anda terhadap pasangan. Itu satu-satunya hal terbaik yang bisa dilakukan.

Lagi pula, hubungan asmara jarak jauh atau dekat sama-sama memerlukan kepercayaan ini. Kalau Anda cemburuan dan tak bisa mempercayai pasangan, setiap hari bertemu pun tak akan membantu. Jadi, berhentilah berprasangka buruk dan percayai pasangan Anda. Menurut Sheriff, percaya kepada pasangan-apalagi jika ia berada dalam hitungan ratusan atau ribuan kilometer jauhnya dari Anda - adalah hal yang tersulit. Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh gagal karena tak ada rasa saling percaya ini. Karena itu, Sheriff mengingatkan para pasangan yang terlibat cinta jarak jauh ini untuk selalu mengingat komitmen awal mereka dan berusaha sekuat tenaga untuk mempercayai pasangan. “Percaya dan berusaha. Itulah dua kunci keberhasilan hubungan jarak jauh,” papar Sheriff.

Komunikasi Rutin
Komunikasi merupakan hal terpenting yang harus Anda jaga. Hubungan asmara normal memerlukan komunikasi dan hubungan jarak jauh lebih butuh lagi. Tak peduli seberapa jauh jarak yang memisahkan, Anda hanya bisa menemukan cara yang paling baik untuk saling berkomunikasi secara rutin. Untungnya, di zaman sekarang ini komunikasi rutin dengan orang di luar negeri pun bisa dilakukan dengan murah. Anda bisa mengirim e-mail yang akan sampai hanya dalam hitungan detik.

Tak puas dengan e-mail? Beli kamera web dan mikrofon untuk komputer, pasang di komputer, dan sim salabim, Anda bisa bicara dan sering melihat wajah masing-masing melalui internet. Tak punya komputer di rumah juga tak masalah. Banyak cyber cafe yang juga sudah menyediakan fasilitas webcam beserta hubungan internet kecepatan tinggi.

Tetapi, selain masalah-masalah teknis komunikasi, ada hal yang lebih penting lagi untuk diingat. Jangan hanya menekankan masalah rutinitas dan teknis saja, karena apa yang Anda bicarakan juga sangat penting. Ceritakan kepada pasangan Anda tentang masalah-masalah yang Anda hadapi, tentang keberhasilan dan saat-saat bahagia Anda.

Komunikasi semacam ini akan memberi arti dan kedalaman tersendiri bagi hubungan cinta jarak jauh Anda. Jika Anda menemui kesulitan mengingat peristiwa-peristiwa yang Anda alami, biasakan untuk menulis jurnal beberapa jam sekali, kata Webb. Atau catat hal-hal apa saja yang ingin Anda bicarakan kepada pasangan. Dengan begitu, Anda selalu punya pegangan ketika berbicara dengannya.


Lakukan Hal-Ha! Romantis
Tentu saja yang dimaksud di sini bukanlah hal-hal romantis yang bersifat fisik seperti berciuman atau berpegangan tangan. Yang dimaksud di sini adalah semua hal yang beisifat personal dan romantis. Yang dimaksud di sini adalah tentang mengirim pesan yang mengekspresikan betapa besar cinta Anda atau seberapa besar Anda merindukannya. Kirimkan kartu ucapan, bisa dalam bentuk kartu sungguhan atau e-card.

Intinya, kata Webb, jangan jadikan jarak sebagai hambatan Anda untuk mengirimkan dan melakukan hal-hal yang romantis serta mengekspresikan perasaan Anda yang sesungguhnya. Dengan berbagai kemudahan yang ditawarkan teknologi, Anda bisa melakukan banyak hal untuk melakukan aktifitas romantis. Jadi, tak ada alasan lagi bagi Anda untuk tidak menjalani hubungan jarak jauh dengan seseorang yang Anda cintai.

happy birthday

bulan ni kalau kan di ikutkan ramai yang menyambut hari jadi.so mana2 yang tak sempat kirim sms or wish tu jgn marah hehe..kesibukan melanda buat masa ani..3hb julai yang lepas..my fren..darweesy menyambut hari jadinya..so happening plang..tapi sorry la darweesy sebab nda pakai pakaian tema scary..almaklumlah me baru pulang dari tanah suci waktu tu..so kena "berpuasa dari segala hal"..tapi sekurang2 nya aku datang hehe..and tahniah buat chupal kerana memenangi penampilan scary yang terbaik..jgn nda galat hehe..siap menari2 lagi di sana atu..walaupun simple..tapi sangat menakutkan huhu..tahniah sekali lagi.

pada 15hb julai yang lalu,negara Brunei menyambut hari ulangtahun keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 63tahun..walaupun tahun ani nda berapa meriah di sebabkan acara pentas dan padang tidak di adakan seperti yang tahun2 lepas..semangat dan kehangatan menyambut 15hb julai masih lagi terasa..so mcm biasa..malam 14hb julai kami semua rakyat brunei solat maghrib dan isyak berjemaah dan di teruskan dengan membaca doa kesyukuran..

pada bulan ani jua..one of my "best friend" ada menyambut hari jadi..tapi di sebabkan ia seperti sudah hilang kepercayaan untuk berkawan dengan kami..so kami lost contact..nda lagi betipun,bemessage dan sebagainya..so malam 14hb atu me ada terlihat ia with som1 atu..tapi aku rasa ia nampak udah kelibat aku atu,but ia dengan selambanya melintas saja di depan ku..so sedih..kawan yang begitu rapat,makan sepiring,tidur sebantal,mandi segayung boleh melupakan kita macam atu saja..semoga hidupnya di limpahi ALLAH..amin..

ani tah yang di takuti..kata saidina ali.."selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari" so sad kan..tapi mudahan aku tergolong dengan orang2 yang dapat menjaga sahabat ku sampai nyawa terpisah dari jasad ku.. amin.. ilalliqa.. salaaaaaammmmmmm

Tuesday, July 28, 2009

Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)