pintu masuk ke Jerash.The Arch Hadrianus ini dibina untuk menghormati lawatan maharaja Hadrianus ke Jerash di tahun 129/130 AD
Sejak tahun 1981, bandar Jerash telah mengadakan satu festival tahunan sebagai mempromosikan keindahan kota lama ini seterusnya menarik perhatian pelancong untuk berkunjung ke sini. Aktiviti musim panas ini dinamakan sebagai Jerash Festival , diadakan selama 3 minggu pada pertengahan musim panas. (Julai pada setiap tahun). Antara pengisian festival ini ialah tarian tradisional, persembahan kumpulan nyanyian tempatan dan luar, persembahan teater serta tidak ketinggalan jualan pelbagai hasil kraftangan.Selain itu turut diadakan satu persembahan harian yang dinamakan Roman Army and Chariot Experience (RACE). Persembahan ini dipertontonkan kepada pengunjung dua sesi pada setiap hari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Pertunjukan ini adalah sebagai memberi gambaran umum kepada pengunjung tentang kehidupan dan gerak laku tentera dan juga rakyat yang ada pada zaman kerajaan Rom di Jerash.
tempat di mana mereka mengadakan pesta tersebut..nda dapat masuk ke tengah2..hujan..sebab hari jumat kot, takde persembahan gladiator..huhu..
di tengah2 Ampiteater utara Rom di Jerash
kelebihan ampiteater ini, di tengah2 dewan ini telah di sediakan satu tempat untuk berdiri dan memberi ucapan, kalau kita berdiri di tengah2 ampiteater tersebut, kita akan mendengar nauangan suara kita sendiri. ia sengaja di buat kerana dahulu kala tidak terdapat microphone..kalau nak tau, datang lah ke Jerash, rasakan sendiri hehe