Salam..Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. walau bagaimana berat pun rasa nya melihat orang yang rapat dan dekat dengan kita di jemput oleh yang maha kuasa, kita tidak dapat mampu melawan takdir Allah. Semua sudah di aturkan Allah. Pagi 4hb Januari 2010 saya telah di kejutkan dengan satu panggilan dari ibu saya yang mengatakan bahawa tangah hj lias tidak sedarkan diri, dalam hati saya terus terbayangkan wajah tangah hj lias, dan dalam hati saya hanya mampu berdoa semoga dia hanya pengsan sahaja. saya pun terus mandi dan sekali lagi pintu kamar saya di ketuk adik dan adik terus memberitahu bahawa tangah hj lias telah meninggal dunia. Tergamam saya seketika waktu menerima berita tersebut, memang saya tidak percaya dan sukar menerima hakikat, terus saya masuk ke kamar mandi dan menangis sepuas2nya, dada terasa senak dan sukar untuk bernafas. melihat tubuh yang terbujur kaku di ruang depan rumahnya membuatkan saya tak dapat menahan air mata. Terus terbayang wajah tgh hj lias yang sememangnya seorang uncle yang banyak memberikan galakan dan dorongan dalam kehidupan kami, terutama anak-anak buah2nya yang ramai mengikuti jejaknya melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi. Dengan dorongan dan nasihat dari beliau, seorang demi seorang anak-anak saudara nya berjaya sehinggal lulus menerima ijazah. Sukar untuk saya menerima kenyataan ini, beliau telah pergi meninggalkan kami semua untuk menemui Allah. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dirinya. Sukar untuk kami cari ganti seorang uncle yang banyak memberi nasihat dan teguran. Semoga Roh Tangah berada bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dan moga Tangah tenang di alam sana. Al Fatihah.. ;'(
Tangah = panggilan bagi bapa saudara
No comments:
Post a Comment