Friday, January 22, 2010

Trip to jordan pt III

pagi2 lagi kami sudah bertolak ke jerash. Sahabat ana arul n two of his friends sudi menemani ana melawat Jerash. Jerash terletak 45km ke utara Amman dan merupakan salah satu kota tinggalan Rome di luar italy.Jerash juga merupakan tempat lahirnya Nicomachus, iaitu salah seorang daripada pakar matematik terhebat dalam sejarah tamadun manusia. Nicomachus terkenal dengan hasil tulisan beliau setelah berjaya menghasilkan buku bertajuk "Introduction to Arithmethic". Buku tersebut ditulis pada asalnya dengan menggunakan nombor Bahasa Arab, dan kemudiannya diterjemahkan ke nombor Roman. Buku tersebut juga dijadikan sebagai rujukan untuk ilmu matematik bagi tempoh yang agak lama, diceritakan lebih daripada seribu tahun.

marhaban bikum
.
pintu masuk ke Jerash.The Arch Hadrianus ini dibina untuk menghormati lawatan maharaja Hadrianus ke Jerash di tahun 129/130 AD

Sejak tahun 1981, bandar Jerash telah mengadakan satu festival tahunan sebagai mempromosikan keindahan kota lama ini seterusnya menarik perhatian pelancong untuk berkunjung ke sini. Aktiviti musim panas ini dinamakan sebagai Jerash Festival , diadakan selama 3 minggu pada pertengahan musim panas. (Julai pada setiap tahun). Antara pengisian festival ini ialah tarian tradisional, persembahan kumpulan nyanyian tempatan dan luar, persembahan teater serta tidak ketinggalan jualan pelbagai hasil kraftangan.Selain itu turut diadakan satu persembahan harian yang dinamakan Roman Army and Chariot Experience (RACE). Persembahan ini dipertontonkan kepada pengunjung dua sesi pada setiap hari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Pertunjukan ini adalah sebagai memberi gambaran umum kepada pengunjung tentang kehidupan dan gerak laku tentera dan juga rakyat yang ada pada zaman kerajaan Rom di Jerash.

tempat di mana mereka mengadakan pesta tersebut..nda dapat masuk ke tengah2..hujan..sebab hari jumat kot, takde persembahan gladiator..huhu..

Semasa kami mengadakan lawatan tersebut, hujan turun renyai2..tapi sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan pegembaraan ini hehe..

batu-batu yang menarik perhatian pelancong


Rom Oval Piazza di Jerash


tiang-tiang yang berdiri megah..

setengah orang mengatakan .. tiang ini hanya di dirikan tanpa memakai cement..

di tengah2 Ampiteater utara Rom di Jerash
kelebihan ampiteater ini, di tengah2 dewan ini telah di sediakan satu tempat untuk berdiri dan memberi ucapan, kalau kita berdiri di tengah2 ampiteater tersebut, kita akan mendengar nauangan suara kita sendiri. ia sengaja di buat kerana dahulu kala tidak terdapat microphone..kalau nak tau, datang lah ke Jerash, rasakan sendiri hehe

di ruang tempat duduk ampiteater..walau tanpa microphone,kita masih dapat mendengar orang yang bercakap di bawah depan pentas ampiteater..amazing..

Replika asal Kota Jerash sebelum terjadinya runtuhan disebabkan gempa bumi..

sampai di sini sahaja dulu ana berceloteh hehe..sampai jumpa lagi di episod trip to Jordan yang ke IV. Perjalanan ana menuju Petra,wadi rum dan jua laut mati..Salam..

No comments: