Wednesday, September 16, 2009

10 Malam Terakhir

Alhamdulillah..bersyukur kehadrat Allah subhanahu wa ta'ala yang masih memberikan kesempatan bagi saya untuk meneruskan hidup di bumi yang penuh dengan pancaroba ini..Selawat dan salam keatas Kekasih Allah, Jungjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW serta sahabat-sahabat baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir hayat.. Kita telah pun memasuki 10 malam terakhir di bulan Ramadan, begitu cepat masa berlalu, rasa syahdu bila mengenakan Ramadan yang mubarak ini akan pergi sekali lagi, saya hanya mampu berdoa supaya di berikan tubuh badan yang sehat serta dapat bertemu lagi di Ramadan yang akan datang Amen..

Berbalik kepada 10 malam terakhir di bulan Ramadan ini, biasanya masyarakat Islam di brunei mula sibuk dengan persiapan menjelang hari lebaran. kedai-kedai serta mall-mall di penuhi dengan karenah manusia yang sibuk membuat persiapan hari raya. Di Brunei istilah "Lailatul kadai" sudah menjadi trend serta menjadi bahan ejekan kepada mereka yang lalai dan alpa dari mengingat malam Lailatul Qadar yang sebenar. Masyarakat Brunei Sering di ingatkan di kaca-kaca televisyen,radio serta di surat kabar-surat kabar supaya tidak meninggalkan manhupun mengurangkan amal ibadat yang biasa dilakukan di bulan Ramadan. Orang islam di Brunei di ingatkan juga supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada pada 10 malam terakhir Ramadan dengan lebih mementingkan urusan keduniaan sehingga amalan solat terawih dan membaca al Quran berkurangan dan lebih menyedihkan lagi tidak dilakukan langsung.

Ketahuilah bahawa Rasulullah akan lebih mempertingkatkan amalan Baginda sebaik saja memasuki malam ke-21 Ramadan iaitu dengan beriktikaf di masjid, atau membangunkan ahli keluarga Baginda untuk bersembahyang, yang jelas menunjukkan kesunggguhan Baginda untuk memperoleh LailatulQadar. Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Qadar Ayat 1-3, Lailatul Qasar adalah lebih baik ganjarannya daripada seribu bulan iaitu 82 tahun 4 bulan atau lebih kurang 30,000 hari, malah lebih banyak daripada itu. Kita tidak akan dapat mengetahui bila berlakunya LailatulQadar, akan tetapi berdasarkan sebuah hadis riwayat Imam Bukhari, sebahagian ulama berpendapat berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan dan besar kemungkinan ia berlaku pada malam-malam ganjil iaitu sama ada 21, 23, 23, 27 dan 29 Ramadan.

Adapun hikmah kenapa di rahsiakan bila berlakunya LailatulQadar itu adalah supaya kita akan berusaha untuk beribadat bersungguh-sungguh pada setiap malam di bulan Ramadan dan tidak akan hanya beribadat pada malam tertentu saja. memandangkan betapa besar ganjaran LailatulQadar ini, kita di seru supaya merebut peluang meningkatkan amal ibadat dan beriktikaf terutama sekali di sepuluh terakhir Ramadan yang hanya datang sekali setahun.

Jadi sebagai seorang muslim yang bertaqwa kita hendaklah sentiasa beribadat seperti membaca Al-Quran, berzikir dan bertasbih. Kita di seru juga untuk mendorong hati supaya sentiasa mengingati Allah dan mendidik jiwa mengasuh dan membersihkan rohani serta tidak terpengaruh dengan kemewahan ke bendaan ketika melaksanakan ibadat puasa. Sampai di sini sahaja kali ini. Saya ingin memohon maaf kepada seluruh pembaca blog ini andai ada kekurangan dan kekhilapan sepanjang saya menulis dalam blog ini. saya hanya manusia biasa yang masih belajar dan akan terus belajar dan mencari rahsia di bumi Allah subhanah Wa Ta'ala..di ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan Batin..Kullu 'Amin wa antum bikhair..salamualaikum ... Ilalliqa

No comments: