Saturday, August 30, 2008

kuraman island

posing sebelum ke pulau..sedih lah pasal banyak nda jadi

kreatif kan kawan ku si chupal ah..


yummy..kaki siapa kan ni..lain2 bah di gambar ah


hero hindustan yang tertinggal di pulau


dalam kapal sebelum ke pulau kuraman

last week masa kan ke pulau kuraman atu,masa hari atu hari pengkebumian kak tinah,memang berat rasa hati kan ke pulau kuraman..tapi oleh sebab sudah berjanji lama dengan yang lain ku kuatkan jua hati ku ikut ke pulau kuraman..lagipun durang tukar tarikh yang pada asalnya 31hb ogos durang tukar gara2 aku,jadi kalau ku batalkan trip ani banyak tah jua hati kawan2 ku yang terluka,jadi daripada durang terluka baik tah aku yang berkorban..walaupun di hati masih ada rasa duka yang mendalam..moga roh kak tinah berada bersama2 orang2 salehah dan di terima di sisi ALLAH swt..amin..kami ke pulau kuraman pukul 9 pagi..actually alum ku teambil gambar2 masa di kuraman atu,busy with tahlil lately..jadi alum lagi tejumpa kawan2 ku..nanti tah ah kalau udah ada gambar-gambar atu ku mengupdate lagi..

Wednesday, August 27, 2008

happy birthday pooh


hai pooh,batah udah ku nda jumpa kau ani,today is ur wonderful birthday,so manfaatkan lah dengan perkara2 yang berkebajikan,seperti belanja teman2 mu ani hehehe..alum tah kau membuat kebajikan hari ani..so dengan bertambah nya usia mu,moga pemikiran mu pun semakin matang and kasar atu nda di ingau tu,tapi kalau kan kasar bepada2 hehehe we know lah kau kasar,basar and hingarrrr,nda di nafikan tu,hehehe..tapi bepada2 lah..ok semoga dengan bertambah nya usia mu,semakin bertambah lah jua berakal mu atu ..HAPPY BIRTHDAY TO YOU MOGA DI PANJANGKAN UMUR DAN DI MURAHKAN REZEKI,SEHAT JIWA RAGA,SENTIASA BERADA DI BAWAH LINDUNGAN ALLAH JUA AMIN....baik jua masa ku membuat post ani alum lagi limpas pukul 12..hehehe..ok enjoy your day dear

ps/update kuraman coming soon

Tuesday, August 26, 2008

alhamdulillah

syukur kepada ALLAH,sekali lagi qariah kitani dapat menyaingi lebih 23 qariah yang bertanding..syukur alhamdulillah..walaupun hanya menduduki tempat ketiga sekurang kurangnya beliau telah mengharumkan negara dan membuka mata dunia bahawa negara BRUNEI DARUSSALAM juga mampu melahirkan qari dan qariah yang berpotensi..manakala peserta qari kita pula juga boleh di banggakan kerana berjaya mendapat tempat kelima dari 39 qari yang bertanding..

qari :

1) indonesia
2) maghribi
3) iran

qariah :

1) thailand
2) malaysia
3) Brunei Darussalam

syabas and tahniah..berita sepenuhnya click di sini

milin's birthday

to amilin..happy birthday to you, semoga semakin berisi terutama di sebalah batis and paha nya yummy..nyaman kali ah hahaha..moga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki sihat jiwa raga,jgn selalu mental and yang penting jaga kesihatan tubuh badan,adang2 menyiruk hahaha..kontrol2 sedikit meyambung nyawa atu..moga di murahkan rezeki and kalau udah murah rezeki atu faham2 tah..jgn tah buat2 nda paham..okey have a wonderful birthday ... enjoy your day pak pak pak hehehe...

p/s: rajin2 melawat blog,ada si kawan atu nda ia membaca blog ku kali,iatah aku nada dalam list memberi ia ucapan..huhuhu sedih lah..dalam blog ada,dalam msn pun ada ku wish ia,tapi not considered huhuhu...nda apa lah..

Saturday, August 23, 2008

takziah


Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH juga kita kembali..hari ani ada berita yang menyedihkan kerana kak tinah,boss bini di restoran tempat toto dan tempat ku pernah bekeraja telah meninggal dunia,innalillahiwainnailaihiraji'un..begitu cepat dia pergi,sudah 2 bulan lebih beliau menghidap penyakit demam dan hari ni jam 3 30 petang ALLAH lebih menyayangi kak tinah..sungguh nda di sangka,itu lah firman ALLAH SWT..sekiranya datang ajal itu,tidak akan di akhirkan walau sesaat pun dan tidak juga di awalkan kematian itu..semoga roh kak tinah berada bersama dengan orang2 yang salehah..semoga ALLAH menerima amal ibadah dan ama jariah yang pernah di laksanakan beliau..semoga roh allahyarhamah di cucuri rahmat amin..AL FATIHAH

bulan kelahiran januari

bagi yang lahir di bulan ini, kajian telah menunjukkan :

- bercita-cita tinggi dan orangnya serius
- suka mendidik dan dididik
- sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
- rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
- suka smart, kemas dan teratur
- bersifat sensitif, berfikiran mendalam
- pandai mengambil hati orang lain
- pendiam kecuali telah di rangsang
- agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
- mudah mendisplinkan diri sendiri
- badannya sihat tetapi mudah diserang selesma
- bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
- cukup sayang pada kanak-kanak
- suka duduk rumah
- setia pada segala-galanya
- perlu belajar kemahiran sosial
- cukup cemburu yang sangat tinggi

Wednesday, August 20, 2008

dagang bday

happy birthday to dnuur yang masa ani berada dalam keadaan happy yang teramat sangat..sampai dunia ani ibarat dia yang punya hehe..biasalah orang sedang di lamun, lautan api sanggup ku renangi,gunung ganang sanggup ku daki,ibarat lagu yang ku dangar tadi pagi :

"ke mana pun kau pergi ku ikut kamu,walau ke hujung dunia..jangankan gunung fujiyama,ke puncak himalaya ku ikut kamuuu..jangankan ke kemboja,ke etiopia ku ikut kamu,kalau memang kamu cinta aku,ke kutub utara aku ikut kamuuuu"

heheh to dagang jangan marah ya..nanti kana jual 25%...and satu lagi,sengaja ku masuk kan kek alice in wonderland because u know lah..hahaha..mun faham bisai...hehehe..jangan marah ya..HAPPY BIRTHDAY TO YOU,MOGA DI PANJANGKAN UMUR DAN DI MURAHKAN REZEKI,SEHAT SEJAHTERA,BERJAYA DALAM HIDUP AND YANG PALING IMPORTANT,INGAT-INGAT TUHAN..

Tuesday, August 19, 2008

masya Allah

dengan kuasa ALLAH SWT..segala apa pun yang ada di dunia ini tidak mustahil bagi ALLAH, ALLAH maha berkuasa dan maha bijaksana, dengan kuasanya ALLAH telah mencipta seorang anak kecil yang luar biasa,boleh bercakap mengenai kisah fatimah az zahra radiallahuanha..cara dia menyampaikan dakwah nya dengan penuh kusyuk dan sesiapa yang melihat video ini boleh mengeluarkan air mata..masyallah..

Musabaqah Tilawah Al Quran


Selain kitani mengikuti perkembangan duniawi,kita jangan jua lupa and leka dengan perkembangan ukhrawi, kalau liga perdana inggeris kitani hanya dapat meliat skill pemain2 antarabangsa,tapi apa yang kitani dapat hanya pengetahuan duniawi semata..tapi kalau kitani meliat musabaqah tilawatil quran yang di adakan setiap tahun di malaysia,insyallah selain ilmu duniawi kitani juga dapat ilmu ukhrawi,jadi jgn mensia2kan peluang untuk menonton musabaqah ani,kitani boleh mendengar bacaan2 yang di bacakan oleh para peserta yang memangnya berbakat dalam membawakan lagu-lagu Al Quran..dengan melihat dan mendengar kita sudah dapat mengumpul pahala yang banyak..jadi nda ruginya kitani meluangkan masa yang banyak untuk mendengar bacaan ayat-ayat suci alquran..alhamdulillah,seperti tahun2 yang lalu,negara kita nda pernah terlupa untuk mengantar wakil bagi menyemarakan lagi selain meliatkan kepada dunia antarabangsa bahawa negara kita juga tidak kurangnya dari Qari dan Qariah yang berkaliber untuk di ketengahkan,pada tahun ani brunei mengantar 2 wakil yang sememangnya masih muda tetapi berbakat untuk menyaingi peserta2 dari negara lain,wakil qari ialah Awangku Mohd Adibul Amin Pengiran Haji Marjuki iaitu dan wakil Qariah, Dayang Nurfaezah Haji Emran. Bagi Awangku Adibul Amin, ini adalah merupakan penyertaan yang pertama di peringkat antarabangsa,manakala dayang Nurfaezah merupakan juara tahun lalu dan tahun ini sekali lagi menjadi wakil Brunei di pertandingan Ini..Mudah2an wakil negara Kitani akan memberikan saingan yang hebat pada tahun ini Amin...

Sunday, August 17, 2008

english premier league 2008/2009


bahang liga perdana english semakin di rasai, 20 teams dalam liga perdana english akan berentap sekali lagi di musim 2008-2009 bagi bergelar raja liga perdana english..last season my team MANCHESTER UNITED memenangi liga paling popular di dunia ini..so harap2 tahun ani semakin banyak team2 dalam liga perdana english akan menyaingi gergasi-gergasi english, seperti MANCHESTER UNITED,LIVERFOOL(JGN MARAH),CHELSEA AND ARSENAL untuk berentap bergelar raja liga perdana english..so selamat menyaksikan liga perdana english..

Thursday, August 14, 2008

tips kesihatan


Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah seperti L
1. Bersenam @ Beriadah
2. Makan Pil melangsingkan badan
3. Mengawal makanan

Tahukah awda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Insayllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (meman terbukti keberkesanan)

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan seperti:

1. Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insyallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit)
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur(iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca dia). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.
4.Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala ikan mengandungi ion(-) jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saitis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

semoga bermanfaat kepada semua

Nisfu Sya'aban


Nisfu beerti setengah atau separuh, Nisfu sya'aban beerti kita sudah sampai di pertengahan bulan Syaaban,tidak lama 2 minggu lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan Al Karim, Bulan yang di tunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam Di pelusuk dunia,selain bulan Ramadhan, Bulan Syaaban juga banyak kelebihan dan fadhilat nya..Hari Nisfu Sya'aban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru, Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru adakn bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib (15 Sya'aban bermula pada 14 hb Sya'aban sebaik sahaja masuk waktu maghrib).

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu sya'aban :

1. Selepas Solat maghrib(15hb Sya'aban,sabtu malam), solat sunat nisfu sya'aban 2 rakaat
Rakaat 1 : Baca Al Fatihah & Surah Al-Qadar 1X
Rakaat 2 : Baca Al Fatihah & Surah Al Ikhlas 3X

2. Membaca Surah Yassin 3X selepas Solat Maghrib(15 Sya'aban, sabtu malam)
(i) Selepas Yassin Pertama : memohon dipanjangkan umur untuk beribadah kepada ALLAH
(ii) Selepas Yasin kedua : Memohon rezeki yang halal untuk beribadah kepada ALLAH
(iii)Selepas Yassin ketiga : memohon ditetapkan iman dan islam & mati didalam iman &
pohonlah segala kebaikan dunia dan akhirat.

kemudian baca istighfar 11X & Selawat 11X

3. Baca Surah Ikhlas 1000X

4. Berpuasa pada siangnya(sabtu)

Antara Kelebihan Bulan Sya'aban :

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka ALLAH haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kepada nabi ALLAH Yusof didalam syurga

2. Riwayat dari Osman bin Abi Al-As, Sabda Nabi muhammad SAW : Pada malam nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, ALLAH turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka aku perkenankan permintaanya. adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa kepada ibubapa kita.

oleh itu marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan kita kepada ALLAH SWT, dengan memanjatkan rasa syukur dan insaf setelah di berikan umur yang panjang untuk kita bertemu di bulan Sya'aban dan insyallah mudah-mudahan akan di pertemukan lagi di bulan Ramadhan AL Karim. Amin Amin Amin ya Rabbal A'lamin..

Wednesday, August 13, 2008

happy birthday


selamat menyambut ulang tahun yang ke (TUUUt) to my dear friend yang berada di kampung sungai tali,lumut dengan ucapan semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa jelita and happy2 selalu di samping keluarga yang tersayang hehehe..macam membuat ucapan di radio tah plng hehehe...iyaps..bermula tah ramai kawan2 ku birthday bulan ani,mudahan saja tebagi hadiah eh..hehehe..kalau di kirakan aku udah membagi kamu hadiah tu,pasal masa my birthday party kira atu tah hadiah untuk kawan2 ku hehehe..sorry ja kalau nda tebagi..hanya birthday party atu saja sebagai tanda hadiah ku arah kamu..mcm balek2 jua cakap ku ani..ngantuks tah udah ni..

masa ku menulis blog ani,jam udah menunjukkan pukul 11 25 malam,and currently im watching friends series(biasalah,series apa lagi) and sambil2 atu aku membuat and mencari bahan untuk assignment..oh yes,talking about assignment,ada one of our dosen atu menyuruh kami membuat assingment dulu before presentation,masalahnya kami alum lagi belajar madah atu, huhuhuhu,kepisan eh..apa jua boleh buat,terpaksa di lalui jua,thank god tajuk yang ku kana bagi atu ada dalam internet,so rujukan ku banyak di internet saja di bandingkan dalam buku,lagipun aku alum lagi sampat kan ke library ah,alum ada masa, so i try my best saja membuat yang terbaik hehehe..semangat eh aku ah..ok lah..semoga maju jaya diriku dalam bidang ini hehehe..

Tuesday, August 12, 2008

susuk


First of all,tahniah di ucapkan lah kepada penerbit,pengarah and krew2 filem susuk kerana telah di calonkan dalam 8 dari 12 kategori(kalau tak silap) yang di pertandingkan dalam festival filem ke 21 yang diadakan baru-baru ini..susuk sebenarnya boleh di calonkan lebih banyak kategori tetapi ada di kalangan produksi filem ini tidak layak untuk di pertandingkan oleh kerana masalah2 yang tertentu,filem ini sudah lama di siapkan,di fahamkan filem ini sudah hampir 2 tahun terperap untuk di tayangkan,tapi rezeki filem ini hanya datang setelah 2 tahun kemudian,so filem susuk telah di tayangkan di seluruh pawagam2 di malaysia dan termasuk juga di brunei..

me and my frens meliat filem susuk ani on last sunday.filem ini mengisahkan tentang kehidupan artis sama ada yang lama maupun yang baru,filem ini memang sarat dengan adengan2 yang tak selayaknya di tonton oleh kanak2 di bawah umur(yang bisainya jgn tah di bawa,apa tau kanak2 kan cerita susuk ani,bukan cerita madagasgar atau cerita bee movie ni),biartah kitani yang banar2 memahami erti susuk ani saja meliat.but kalau ganya adengan pelakon bekamban2 atu,belum lagi di katakan lucah tu..hehehe..fikir secara rasional.

di kalangan kawan2 ku ramai yang nda berpuas hati dengan filem ani,almaklumlah,mungkin durang lebih profesional dalam mengkritik and memberi pandangan,bagiku filem ani adalah lain daripada yang lain,kan halnya,filem ani membuatkan kitani berfikir lebih mendalam and kitani tidak boleh miss any babak yang di tayangkan sedikit pun,kalau kitani lalai alamat kitani bagaikan nda faham and mula tah mengaggap jalan cerita ini putar belit dan sbgnya,filem ani ibarat bermula bukan dari A,tetapi sebaliknya, filem ani bermula dari belakang pulang, bukan dari depan,itu lah kebijakan pengarah filem ani untuk membuatkan kitani berfikir,kerana kalau nda di buat macam atu,so typical tia jua dengan filem2 melayu yang lain..fikirkanlah..

dari segi para pelakon,adlin,ida nerina,sofea jane and diana rafar tidak menunjukan sebarang kekecewaan dalam lakonan,yang nampak kaku banar2 adalah dari pelakon pembantu yang lain seperti aleeza kasim,bf soraya dan walaupun diana rafar ada kalanya nampak kaku sedikit tapi for me she's not that bad..

keberadaan ayam dalam babak setiap kali pembunuhan di lakukan oleh suzana(ida nerina) juga meninggalkan kesan dalam otak setiap penonton yang menonton filem ini,termasuk aku jua,berfikir jua olehnya kenapa mesti ada ayam and kata my fren shypooh apa relevan nya ayam dengan susuk ani,so untuk meleraikan apa yang tersirat dalam otak kitani,ku cari tah penyebab nya kenapa, so aku dapat jawapan nya dalam artikel,kaitan ayam dengan susuk,ani pengarah nya sendiri yang memberikan jawapan,kata Amir(pengarah) "Ayam digunakan kerana mengaitkan ia dengan penggunaan ilmu hitam yang biasanya digunakan oleh bomoh. Jadi, dalam filem ini, ayam selalu muncul kerana secara 'subtle' nya melambangkan kampung. Ia memberi maksud Soraya yang mahu lari dari imej kekampungan." so semoga apa yang jadi tanda tanya akan hilang dengan ada nya jawapan ini..

so untuk akhirnya,walaupun my frens banyak yang nda berapa suka akan filem ani,but not for me, aku bagi 4/5 bagi filem ani,Yang pasti, susuk berupaya memberi mesej supaya “jangan pakai susuk kerana hidup anda dan keluarga anda akan merana” seperti yang dipaparkan dalam filem ini.Tahniah buat pengarah Amir Muhammad, Naeim Ghalili,dan para pelakon yang menjayakan filem ini..selamat maju jaya..penyokong filem-filem melayu..

p/s: masih terbayang2 babak perempuan tua yang sudah meninggal tapi becakap minta di nyanyikan lagu lagi huhuhuhu..

today's activity

macam biasa,hari ani payah sedikit kan bangun,sebab aku tidur pukul 3 pagi gara-gara meliat volleyball di sukan olimpik ah,getting interesting bah..atu kan ku plan kan tidur awal,tapi siuk jua meliat cuba lawan usa di malam atu..so tadi pagi datang di ubd pukul 7 45 pagi,tarus ke dewan chancellor, dosen nya pun lambat tah jua datang,kalau tau pukul 8 kah baru datang ke kuliah ah..hehehe..then pukul 10 pagi selesai kuliah and me,g rome and indera plan kan jumpa si rafidah,kan minta tolong mentranslate muqadimah min arabic to malay..sambil2 kami beborak2 atu si fidah membari perangsang arah kami untuk mengambil MASTER di unissa, since tahun ani semua kana terima masuk mengambil MASTER di unissa ani..so insyallah...tahun depan kami apply..mudah2an saja dapat lah..amin..

tengah hari me arah rumah jc sekajap,kir chupal kan join lunch,rupanya ia udah lunch and ngantuk ia,so malas tah ku maksa jua hehe so aku and cynical have lunch di food court at giant, kami aja g deeny tapi rupanya ia nada class,and we forgot to invite syhpooh,lagipun syh[ooh jauh bah, ia keraja di bandar,takut karang di ajak nda ia mau,lagipun i hate rejected hehehe..so just me and cynical saja lunch,and thanks cynical pasal belanja me hehehe..so sambil makan atu biasalah,mulut kami ani nda beranti kan becakap mengenai apa yang kami liat di sekeliling kami..hehehe..tecuci jua mata lah tgh hari tadi hehehe..so cynical makan mee hookien and me makan nasi remes rendang(mcm nyaman usulnya) rindu me kan masakan di indo, so me order daging rendang masakan indonesia atu hehehe terubat jua dikit lah..habis lunch me balek semula di ubd,pasal me ada lecture ptg atu di LCT ....hope boleh lunch lagi sama durang2 yang lain, and FYI hari ani tah first time ku lunch di food court arah giant ah..hehehe..pacah dara hari ani..muah muah muah...adios


Monday, August 11, 2008

bank bibd

today i went to bibd kan menguruskan pasal loan pembiayaan rumah..so aku ke bank bibd tungku link..udah my turn masuk tah ku di bilik no 1..ada one lady yang menguruskan..so keluar masuk lah this lady menguruskan my form ani,udah ia keluar dari dalam bilik..mayb jumpa boss nya kali,so dibagitau nya everything is okey,ganya di minta nya lagi my slip gaji yang original,nyangku nda ku membawa yang original,katanya kami terpaksa lagi meliat tu slip gaji original ah,pasal kami kan memastikan banar kah nda slip gaji yang fotocopy sama dengan yang original(OMG bahapa tah ku kan memfotocopy dangan punya slip,huhuhu)..so rasa nya ku kan minta supaya my apply atu kana approve,belaju tah ku kerumah mengambil slip gaji yang ori and everything,sekali bila ku bebalik semula ke bank,the lady yang tadi atu nda ia ada,so berurusan tah ku lagi sama the other lady,pun sama jua,gambar yang ku bagi untuk mengubahsuai rumah atu nda sesuai katanya,so di panggil nya ketua nya suruh jumpa aku,bila ku jumpai,di bagitau nya lah..yang gambar atu jgn di ambil terlampau hampir,huhuhu..mengapa tah nda di bagitau awal2..susah payah udah ku ke rumah semula ganya kan mengambil slip gaji,fikir ku selesai tah udah.behujan bahapa ku tadi,iatah befikir ku, kenapa tah jalan yang mudah atu di susahkan lagi,yang banar nya jgn tah telampau belurus,karang memakan diri sendiri,apa tah salah nya kitani sebagai orang islam ani membantu,saling tolong menolong..ani nda,makin rumit plng jadinya..padahal bebayar jua tu arah bank ah..bukan nya kami nda membayar, sasak ku eh..sabar saja ku,terpaksa ku mengambil gambar2 lagi di dalam rumah ani.mun esok jua nda kana approve,malas tah ku tu..biar tia allah saja memberi jalan arah ku..

Friday, August 8, 2008

kawin my brother

pada 01hb ogos 2008 berlangsungnya perkahwinan my bro with pilihan hatinya..setelah selama berminggu-minggu kami berjaga-jaga,akhirnya majlis persandingan my bro berjalan dengan lancar,hari atu panas banar cuacnya,sangat-sangat mengizinkan,jemputan bermula pukul 10 45 sampai 11 30 pagi..masa mula2 atu membari ingau hati jua,pasal nya ramai orang datang ke rumah awal2 atu mengunjuki sarung surat ganya..nda belaku datang masa actual funciton atu..then masa menyambut tetamu atu,pelahan2 orang2 atu datang..membari ingau jua..alhamdulillah lah..lama2 makin bertambah orang datang atu,tinggal 2 kem saja nda beisi,tapi syukur lah udah tu,di fahamkan banyak orang kawin masa dat day..kepisan eh..tawakal saja kami,tapi alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..

acara bersanding di rumah pengantin perempuan berjalan dengan penuh meriah,akhirnya semuanya selamat..lepas acara bersanding atu,kami sebalah pengantin lelaki ada acara membasuh kaki,iaitu bagi adat orang2 tutong..so siuk lah masa acara atu,kasut pengantin di buka and di satukan kaki lelaki dan kaki perempuan,kemudian di siram dengan air..udah atu terserah kitani untuk mengunjuki berapa saja yang kita mau ..

acara malam seperti biasa.majlis berambil-ambilan.kami keluarga bagi pihak lelaki datang ke rumah pihak perempuan..so setelah acara atu selesai lah udah majlis perkahwinan my bro and pilihan hati nya..moga kekal hingga ke anak cucu amin.






long time

batah udah ku nda mengupdate blog ani..alum ada masa..last week sibuk pasal my brother kawin,then start udah study at ubd..baru habis khatam alquran di sekolah, OMG busy week banar,but dont worry,karang malam ku berabis mengupdate blog ani hehehe..adios

Saturday, August 2, 2008

majlis malam berbedak

acara hari ani majlis malam berbedak, insyallah akan di jalankan pada jam 8 malam..mudah2an berjalan dengan lancar..sebelum atu tadi ada cerita pasal di malam,actually di malam nada apa2 acara, tapi my whole family saja2 bekumpul,my relative semua datang..and di malam kami nda main loto,kami betausyeh saja sampai ke tgh malam..kawan2 my brother from unissa membuat persembahan..so habis saja acara atu.semua tah durang ani muleh..so tinggal my uncle and aunty yang tinggal berhampiran saja yang stay di rumah,bercerita2..

so aku just masuk dalam bilik and main internet,tanpa ku sangka and ku duga,rupanya ada something bad happened..my brother and my uncle becakar and betumbukan huhuhu,ya rabbi apa kah yang sedang terjadi,rupanya my brother ani andang batah udah menahan rasa and emosi,so ngam tah di malam atu my uncle ani memancing kemarahan my bro ani,so apalagi,makin tia kambuh emosi my bro ah..yang aku ani nda tau apa2,im just staying dalam bilik..

andang nya ni bila udah marah ani macam2 perkara boleh terjadi,banar plng he is my uncle,tapi adik2 ku ani bukan nya damit ni,bebasaran udah,tau udah berfikir..so walaupun aku tu,mun sudah kana anggap mcm kanak2,emosi juga ku tu eh..iatah aku malas kan ikut campur sebenarnya di malam atu,just diam2 saja ku..whatever will be..will be hehehe..darah muda andangnya..dara nya para remaja,yang selalu merasa gagah,tak pernah mau mengalah..hehehe..ingat plng ku lagu rhoma irama..nah hayati saja lirik nya hehehe :P

Darah muda darahnya para remaja
Yang selalu merasa gagah
Tak pernah mau mengalah
Masa muda masa yang berapi-api
Yang maunya menang sendiri
Walau salah tak perduli
Darah muda

Biasanya para remaja
Berpikirnya sekali saja
Tanpa menghiraukan akibatnya
Wahai kawan para remaja
Berpikirlah dalam melangkah
Agar tidak menyesal akhirnya

Darah muda darahnya para remaja
Yang selalu merasa gagah
Tak pernah mau mengalah
Darah muda

Friday, August 1, 2008

alahmdulillah

syukur ke hadrat ALLAH, pada jam 4 42 petang sah tah udah adik ku menjadi suami kepada isterinya yang tercinta hehehe..(huh someone married twice though)..syukur lah..beberas tah ku jua sama si sabry..selamat udah,majlis berjalan dengan lancar dan penuh dengan kemeriahan..walaupun pelbagai sindiran dan teguran yang ku terima hari ani, but WC..yang penting im happy with my life..

nway..sebelum majlis adad nikah di jalankan,terlebih dahulu majlis menghantar berian diadakan..sebanyak 21 dulang from my bro to his wife and balasan nya sama jua 21 dulang,so masa akad nikah di jalankan,aku sama sabry macam jadi ulun keluarga kami,especially my uncle lah..penyibuk hantap..mula2 aku kana suruh jadi saksi adik ku nikah,aku kana suruh duduk hampir adik ku yang nikah ani,so nda batah atu..uncle ku suruh angkat lilin 4 atu untuk mengelilingi tempat duduk adik ku,then udah atu di suruh nya lagi ku masa durang menyabutkan duit belanja hangus and mas kahwin,aku jadi model meliat2kan duit atu..huh..sasak ku eh..si sabry pun jadi mangsa jua,micofone untuk adiku membaca lapaz nikah nya atu nda berapa kedangaran, so si sabry kana suruh memegang mic atu, huhuhu, jadi mangsa kami dua..

ok lah habis acara di sana..acara bebadak mandi lagi di rumah,so ramai tah saudara2 ku ani bekumpul di rumah,biasalah aku jua jadi mangsa pertanyaan2 yang memang udah di duga,ku tulikan telinga saja,kesian lah orang betanya atu nda ku layan,ia menyoal ia jua menjawab, puas hati ku,kau makan lah soalan2 kau tu..ok acara bebadak mandi habis pukul 6 petang,masa atu saudara2 dari tutong muleh udah,tinggal yang saudara2 ku di brunei muara ani saja lagi di rumah, so masa atu rumah kami jadi mcm sarang pembuangan sampah(i hate dirty,messy)..so bepanyap tah ku, mula2 ku panyap dulu barang2 yang terpakai di dapur ah,cawan2 yang kotor ku kumpulkan,iatah masa ku membasuh2 di dapur atu,ada tah makhluk tuhan yang paling penyibuk ani datang,

WTF : eh mie,kau plng membasuh,cuba tah ambil amah kamu ani,mampu jua kamu membayar
ME : banar plng,tapi mana kita nampak kemampuan kami membayar atu
WTF : ai,rumah basar,kereta bederet2 nda kan nda nampak kau ah hehehe(nada baibun)
ME : ok,sama jua kita menilai buku dari covernya tu ah..banar plng kami mampu tapi kami nda mau mensia2kan kemampuan kami atu,biar tia untuk kami saja,lagipun kami nda mau beamah,kalau kami kan beamah awal udah ku mengambil amah,meliat jua kita aku membasuh sendiri ah,erti nya kami ada kemahuan membasuh sendiri..nda jua rugi bah,keluar tenaga sehari dua hehehe(dengan nada menyindir)
WTF : awu eh, banar plng tu, aku pun gaji amah ku dua bulan udah ku nda membayar,ada2 saja kan ku bayar ah..
ME : dalam hati ku(tak tanya pun,pandai ia membuka pekung di dada)..iatah aku nda mau catu atu,mampu plng kitani,tapi selagi tani ada tenaga why not tani buat sendiri benda atu..
WTF : bah mie kedalam ku dulu ah(dengan muka cemberut)
ME : bah agatah, nda karang siap keraja ku kana bawa becerita ani hahaha..

so ku teruskan tah membasuh..bukan niat kan bekasar,ganya kan berlembut dalam percakapan,tapi kasar dalam teguran hehehehe..nda ku ingin tu orang catu ah..mengada2, tedapat pun ia amah,tapi nda tebayar gaji amah,sama jua bohong..baik tah keraja sendiri saja lebih baik daripada menyakiti pihak yang lain..masa ku membuat blog ani,saudara2 ku bemulehan sudah,malam ani kami ada acara lagi,pertandingan membaca ayat2 lazim untuk kanak2..so karang malam lagi ku update hehehe

gambar2 sekilas waktu mandi,berbedak siang and barang2 hantar berian






gendang jaga-jaga






gendang jaga-jaga di rumah kami ani lama pulang udah bermula..since last month lah..awal bulan julai..tapi aku jarang ikut berjaga-jaga..selalu nya aku berjaga2 sama my frens di luar hehehe,but before 11 muleh lah ku ke rumah and sampat jua ku berjumpa with my grand pa,grand ma,aunty and uncle ku ..so belum di kategorikan anak derhakalah hehe..derhaka lagi sitanggang,malin kundang and yang sewaktu dengan nya..so adik ku nikah hari ani 1hb ogos 2008..masa ku membuat post ani durang family ku masih lagi betausyeh,bedikir and lastly main loto(bingo)..tapi kami tuan rumah nda boleh ikut main..hanya tetamu2 sahaja hehe..so hampir tiap malam tah my relative datang ke rumah memeriahkan..bagus lah..nda jua sunyi rumah kami..ani masa ani di luar masih lagi teriak2 nombor(ingat ya ini bukan judi,hanya sekadar hiburan semata2) hehehe..ani gambar2 yang sampat ku ambil