Monday, March 8, 2010

Alhamdulillah..off to semi final

Alhamdulillah..our team Kementerian Hal Ehwal Ugama menang perlawanan bola tampar hari ini menentang Kementerian Pendidikan. Dengan kemenangan tersebut, Kemeterian Hal Ehwal Ugama telah berjaya maju ke babak Separuh Akhir dan akan menentang pasukan dari Jabatan perdana menteri atau Kementerian Dalam Negeri. Perlawanan hari ini sangatlah mendebarkan, memandangkan kedua-dua pasukan ingin dan harus memenangi perlawanan, Alhamdulillah berkat usaha yang gigih, kemenangan berpihak kepada pasukan kami. Keputusan perlawanan sangatlah mendebarkan, markah mata yang di perolehi tidak jauh. Pasukan KHEU berjaya memenangi 3 set berturut-turut dengan pungutan mata 25-23(set 1), 25-23(set 2) dan 25-23(set 3). Kekuatan kedua belah pasukan adalah seimbang. Syukur ke hadrat Illahi kerana pasukan yang saya bimbing telah berjaya masuk ke separuh akhir. Alhamdulillah. Mudah-mudahan Pasukan KHEU akan masuk ke perlawanan akhir dan seterusnya mencipta sejarah andainya pasukan bola tampar KHEU berjaya memenangi dan menjuarai Acara bola tampar antara kementerian-kementerian Brunei Darussalam. Doakan lah yang terbaik buat kami semua. Amin

10 comments:

manzlie said...

salam Jimie

taniah..abang doakan semoga berjaya menjadi JUARA nanti..insyalah

waslam

JiMiE said...

Salam abg CL

Syukran jazilan bang..InsyaAllah..Moga doa termakbul..Amin.. :)

rezeki said...

salam jimie

dedulu pak itam main volleyball ni, tapi laaa ni dah bertahun tak main, tak cukup kaki hehehe

Rozali said...

Assalamualaikum Jimie

saya amin kan doa CL
berkat drp Makkah

Wassalam

JiMiE said...

Salam Pak Itam..awat tak main lagi hehe..volleyball ni mesti ada stamina yang stabil..kalau dak memang tak leh lompat hehe

JiMiE said...

Salam Rozali

Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin..syukran En Rozali

salam

KAMATO said...

Insyallah berjaya tu.....

JiMiE said...

Syukran KAMATO.. Amin..moga termakbul doa nya..

mama ju, said...

Salam kenal dr mama.

Menarik juga tulisan kat sini. Ustaz main sama ke?
Tulisan pasal Qorin tu membuka mata saya dgn lebih jelas lagi..sebelum ni agak keliru. Nanti saya minta anak2 membacanya...diaorang suka buat cerita2 qorin di asrama!

JiMiE said...

Salam kenal mama ju

Alhamdulillah, ana pun ikut main juga..tapi sekarang ni jadi jurulatih..oo Silakan terus membaca blog ana ya mama.. :)

salam min Brunei