Monday, March 1, 2010

Hadith mengenai Aurat perempuan dan penjelasan Bgn II


Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda : 2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.



PENJELASAN

Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah Saw memberitahu kepada kita di antara jenis-jenis dan sifat-sifat manusia yang menjadi ahli neraka.2 jenis sifat yang dinyatakan oleh Rasulullah Saw di dalam hadith ini adalah:


1. Mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang di maksudkan oleh golongan ini adalah penguasa-penguasa yang tidak menjalankan hukuman dengan adil dan haq.Mereka adalah golongan yang menjatuhkan hukuman dengan zalim atau mereka yang menjalankan pemerintahan dengan zalim dengan menjatuhkan hukuman dengan sewenang-wenangnya.Ini digambarkan oleh Rasulullah Saw sebagai mereka yang memegang cemeti dan mereka memukul manusia DENGAN sesuka hati mereka yang menunjukan kezaliman mereka.



2. . Perempuan yang memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga.Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaianya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.Jadi bagaimana yang tidak tutup lansung?Sama sahaja hukumnya.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta,iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan).Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta,tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul,ikatan dan toncang.Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai.Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya.Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok,malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!

Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya,bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga.Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya,tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)


Dan 2 golongan ini Rasulullah Saw nyatakan bahawa Baginda tidak pernah tengok,kerana keadaan 2 golongan ini belum wujud pada zaman Baginda Saw.Ini menunjukkan bahawa Rasulullah Saw menceritakan apa yang akan berlaku pada zaman akan datang.Dan kalau kita tengok 2 golongan yang dinyatakan oleh Rasulullah Saw di dalam hadith ini sudah pun wujud pada zaman kita ini.

nauzubillahi min zalik..Ya Allah, jauhkanlah kami dari kemurkhaan mu ya Allah..Ampuni lah dosa kami semua.. Amin

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Jimie

Amin, Amin
Doa/ayat yg akhir tu

moga Jimie mendapat ganjarannya nanti

Wassalam

JiMiE said...

Wa'alaikumussalam Rozali

Syukran jazilan kerana sudi menjenguk blog dan memberikan komen..Alhamdulillah..moga kita sama2 mendapat rohmat dari Allah dan syafaat dari nabi kita Muhammad SAW..Amin.

aznaz said...

salam jimie...

alhamndulilah..satu peringatan bagi kaum muslimah...


waslam