Monday, August 3, 2009

istimewanya solat



Salam..kadang-kadang kita sanggup mengorbankan wang ringgit kita untuk kelihatan cantik dan menawan..tetapi tahu kah kita bahawa air wudhu adalah ubat yang mujarab dan murah untuk di gunakan..Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan
kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berzikir, dan berdo’a.

Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika
solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu mohonlah pada Allah
SWT dengan zikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, ”Allahuma Kamma
Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah
memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlak ku). (HR Ahmad).-

DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong
atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2
kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS
iaitu selang satu hari.

Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu……

1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di alam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :

Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam
kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :

Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :

Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A.W. bersabda :

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak
sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka
mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

so jangan lupa dirikan lah solat..kerana solat itu tiang agama..kalau kita terlalu menjaga tiang rumah kita daripada roboh mengapa kita tidak menjaga tiang agama kita yang juga daripada roboh..fikir2kan lah wahai umat manusia saaaaaaalaaaaaaammmmmmm

No comments: