Tuesday, September 1, 2009

Ziarah Kubur

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi meminjamkan nyawa untuk ku bernafas dan mensyukuri nikmat yang di berikan, Selawat dan Salam keatas Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Hari ini merupakan malam 12 Ramadhan, kita sudah hampir ke pertengahan bulan Ramadhan,di dalam satu hadith mengatakan:

أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

“Awal bulan Ramadhan adalah rahmat, tengahnya adalah pengampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka” sekarang kita sudah masuk di bulan pertengahan ramadhan iaitu bulan pengampunan.maka perbanyakkan lah amal ibadah kita dan tingkatkan lagi taqwa keimanan kita sebelum Ramadhan meningglkan kita.

Alhamdulillah, pada hari ahad lepas saya dan juga rombongan keluarga saya pergi menziarahi kubur nenek moyang saya yang telah lama pergi ke rahmatullah. Seperti tahun-tahun yang sudah,amalan ziarah kubur ini sudah menjadi amalan yang memang di lakukan oleh penduduk di negara Brunei Darussalam. Tetapi kalau di fikirkan, janganlah amalan ziarah kubur ini hanya menjadi amalan bermusim seperti setahun sekali iaitu pada Hari Raya Aidilfitri atau bulan Ramadan saja,tetapi jadikanlah amalan ini sebagai amalan sepanjang tahun pada bila-bila masa terutama pada hari jumat.

Abu Hurairah radhiallahu 'anhu berkata: "Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menziarahi kubur ibunya, maka beliau menangis dan tangis beliau membuat orang-orang yang ada di sekitar beliau ikut menangis. Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: 'Aku minta izin kepada Rabbku untuk memintakan ampun bagi ibuku namun Rabbku tidak mengizinkannya. Dan aku pun minta izin untuk menziarahi kuburan ibuku maka untuk yang ini Rabbku mengizinkannya. Maka ziarahilah kuburan karena ziarah kubur itu akan mengingatkan kepada kematian." (HR. Muslim)


Ketahuilah ziarah kubur itu boleh mendatangkan pahala dan mendatangkan rahmat kepada orang yang meninggal dunia,asalkan kita tidak meninggalkan adab dan panduan ketika menziarahi kubur seperti kita di sunatkan berwudhu serta memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat. Malangnya, ketika kami menziarahi kubur ada segelintir wanita yang berpakaian ketat dan menampakkan susuk tubuh badan mereka. Perbuatan ini sangatlah mendukacitakan, ada baiknya kita berpakaian mengikut adab kita sebagai orang brunei yang berkonsepkan MELAYU ISLAM BERAJA. Begitu juga halnya dengan bertudung, ada baiknya ketika menziarahi kubur supaya menutup keseluruhan aurat(rambut) tersebut.

Ketika memasuki kawasan perkuburan kita disunatkan memberi salam kepada semua ahli atau penghuni kubur dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke arah muka ahli kubur yang kita ziarahi sambil memberi salam secara khusus kepadanya. Setelah itu kita di sunatkan duduk menghadap ke arah muka nya serta membaca ayat suci al Quran dan menghadiahkan pahalnya kepada ahli kubur keseluruhanya. Dan ketika membaca doa, kita di sunatkan menghadap kiblat dan berdoa semoga Allah mengampuni dosa dan melimpahkan rahmat ke atas roh ahli kubur dan diikuti dengan menjirus air dan meletakkan pelepah ayang masih hijau serta tumbuhan wangi yang masih basah atas kubur tersebut.

Di negara Brunei Darussalam lazimnya amalan bersedekah selalu dilakukan selepas ziarah kubur yang sememanganya menjadi amalan yang baik dan terpuji kerana amalan bersedekah antara sunah Rasulullah dan di niatkan kepada ahli kubur supaya pahalanya akan sampai kepada penghuni kubur berkenaan. Bagaimanapun kita di beri peringatan supaya umat Islam menjaga akidah dan keimanan mereka dalam melakukan amalan ziarah kubur itu dengan tidak mencampuradukkan dengan perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Hanya dengan cara itu kita membantu orang yang sudah meninggal dunia dengan bersedekah dan di niatkan keatas mereka.

Kesimpulannya, amalan ziarah kalau kita amati sangatlah berguna pada kita yang masih hidup kerana amalan ziarah yang dilakukan itu akan dapat memberi keinsafan dan kesedaran kepada setiap individu Muslim dengan sentiasa mengingati mati dan segera bertaubat kepada Allah. Disamping kita berharap suapa penghuni kubur akan mendapat rahmat dari Allah dan mendapat ketenteraman serta terhindar dari seksa kubur dan azab api neraka..Amen Amen Ya Rabbal 'alamin..Marilah sama-sama kita tenungkan

"Faidza ja’a Ajaluhum laa yasta’khiruna sa’ah wala yastaqdimun" (Maka apabila datang waktu kematian tidaklah dapat diundur dan tidakpula dapat dimajukan.) Saaaaalaaaammmmm.

No comments: