Sunday, March 21, 2010

Kisah Sepohon Kayu


"Diriwayatkan, ada seorang Abid dari Bani Israel yang sentiasa sibuk dengan beribadat. Sekali peristiwa datanglah serombongan manusia seraya berkata kepadanya, " Disini ada suatu kaum yang menyembah sebatang pohon kayu". Setelah mendengar berita ini, siAbid itu marah semarahnya. Lalu ia mengambil sebilah kapak dan berangkat untuk menebang pohon yang dipertuhan dan dipersembahkan itu. Didalam perjalanannya muncullah Syaitan berupa seorang manusia tua, lalu bertanya kepada siAbid itu:

"Engkau hendak kemana?"
"Aku hendak pergi menebang pohon yang dipertuhan dan dipersembahkan orang"
kata siAbid itu.
"Kenapa engkau bertindak keatas pohon itu?
Kamu tinggalkan ibadat keatas satu perbuatan yang sia-sia,
hendaklah kamu teruskan ibadat mu itu" kata Syaitan.
"Ini juga merupakan satu ibadat" dijawab siAbid,
lantas Syaitan berkata,
"Tidak sekali kali aku membenarkan kamu menebang pohon itu".

Akhirnya terjadilah perkelahian diantara siAbid dan Syaitan itu sehinggalah siAbid berjaya mengalahkan Syaitan. Syaitan mengetahui akan kelemahannya dan memujuk siAbid.

"Dengarlah kata kata ku."

SiAbid pun melepaskan Syaitan itu dan Syaitan pun berkata " Perkara menebang pohon itu bukanlah Allah mewajibkan kepadamu. Pohon itu bukanlah menggangu ibadat mu dan bukanlah kamu menyembahnya. Tuhan telah mengutuskan para AmbiaNya, dan jika dikehendakiNya pasti Ia memerintah Nabi NabiNya menebang pokok itu."

"Semestinya aku akan menebang pohon itu dan perbuatlah apa yang engkau suka"

Maka terjadilah perkelahian sehinggalah siAbid sekali lagi dapat mengalahkan Syaitan
dan sekali lagi Syaitan memujuk siAbid dengan katanya:

"Dengarlah, kini kata ku yang terakhir yang tetap akan menguntungkan kamu"
Maka siAbid pun melepaskan Syaitan dan Syaitan berkata:

"Kan kau seorang yang miskin dan menjadi beban keatas masyarakat. Kau biarkan sahaja kerja ini, nescaya aku akan berikan kepada kamu tiga dinar wang emas setiap hari. Kau akan memperolehi wang tersebut tiap tiap pagi dibawah bantal mu. Dengan ini segala keperluan mu akan terberes dengan mudah, dapat menunaikan keperluan keluarga dan dapat pula menolong orang orang fakir dan miskin. Dan dapat menggunakannya untuk mengerjakan amalan yang baik lagi menguntungkan. Jika sekiranya kau menebangkan pokok tadi, maka kau hanya memperolehi satu pahala sahaja. Kemudian penyembah penyembah pokok itu tentu akan mengusahakan yang lain pula".

Perbicaraan Syaitan itu akhir berjaya memikat hati dan fikiran siAbid lantas beliau menerima tawaran Syaitan itu. Maka menurut perjanjian dengan Syaitan itu, siAbid pun menerima duit tiga dinar wang emas selama tiga pagi berturut sehinggalah pada pagi yang keempat, duit itu tiada dibawah bantal siAbid. Meradang benar siAbid dan diambilnya sebilah kapak untuk menebang pohon itu kembali.

Didalam perjalan berjumpa lagi siAbid dengan siorang tua penyamaran siSyaitan itu dan bertanya ia kepada siAbid.

"Kau hendak kemana?"
"Aku hendak menebang pohon itu".
"Kini kau tidak berdaya menebang pokok itu" ujar siSyaitan, maka bergelutlah mereka dan si Syaitan berjaya mengalahkan si Abid. Tercenganglah si Abid lalu bertanya:

"Bagaimana mungkin kamu mengalahkan aku kerana dulu aku telah mengalahkan kamu sebanyak dua kali?'

Syaitan menjawab
"Dulu kamu mengalahkan aku kerana kamu berjuang kerana Allah,
dan kini kamu berjuang kerana wang dan kerana itu aku berjaya mengalahkan kamu"

Wuallahu 'alam

7 comments:

aznaz said...

salam from Makkah..

moral of the story..jgn lah kita terpedaya dgn tipu dan muslihat syaitan yang senantiasa akan mengangu fikiran kita untuk mengingkari suruhan allah swt....nauzubillah


waslam

atuk said...

Assalamualaikum Jimie

syaitan senantiasa akan menyesat anak cucu Adam
Ya Allah jauhilah kami drp gangguan syaitan yg direjam

Wassalam

rezeki said...

salam

itulah syaitan laknatullah , tugasnya menyesatkan anak cucu Adam sehingga hari pembalasan kelak

masyallah

JiMiE said...

salam abg CL

yup..moga kita tidak di perdaya oleh syaitan yang di rejam ini..nauzubillah..

wassalam

JiMiE said...

Salam Abg Rozali

Minta jauhkan semua gangguan dari syaitan yang di rejam

Wassalam

JiMiE said...

Salam rezeki

Betul tu..tugas mereka tu haya untuk menyesatkan anak cucu Adam..moga kita dijauhkan dari gangguan mereka

Amin

nadz said...

Salam,

Dah Syaitan..kalau dia pujuk pun..dia tetap syaitan , termaktub dijadikan untuk mengganggu manusia. Lalu berhati-hatilah dengan pujukan Syaitan..tak nampak di mata...