Perbarisan lalu depan tetamu kehormatAlhamdulillah, tahun ini ana telah di tugaskan menjadi jurulatih pasukan  bola tampar mewakili kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei  Darussalam. Tahun ini sebanyak 11 buah kementerian telah mendaftarkan  diri bagi memeriahkan hari perkhidmatan awam di Brunei. Ana sendiri  telah di lantik menjadi jurulatih, walaupun pengalaman menjadi jurulatih  belum ada, tapi insyaAllah, demi amanah dan tanggungjawab akan ana  laksanakan sebaik mungkin. Pasukan bola tampar Kementerian Hal Ehwal  ugama telah di undi bersama2 dengan Kementerian pertahanan, Kementerian  pendidikan, Kementerian Kesihatan dan juga Sumber-Sumber Utama. Pasukan  KHEU(kementerian hal ehwal ugama) telah berjaya mengalahkan pasukan dari  Sumber-Sumber Utama pada pembukaan perlawanan hari jumat lepas,  manakala hari ini nasib tidak menyebalahi pasukan KHEU kerana telah di  tewaskan oleh Kementerian Pertahanan. InsyaAllah perlawanan akan di  teruskan lagi iaitu pada 07 Mac 2010 dan juga 08 Mac 2010. Pasukan KHEU  akan berusaha dan meningkatkan mutu permainan demi mengharumkan nama  Kementerian Hal Ehwal Ugama.





4 comments:
Assalamualaikum Jimie
Semoga pasukan KHEU
dapat menjadi juara
Wassalam
Assalamualaikum Jimie
Moga pasukan bola tampar KHEU yg anda pimpin akan menjadi juara
selamat bersukan
Wassalam
Assalamualaikum Jimie
Moga pasukan KHEU beroleh kemenangan
moga2 juara
amin
Wassalam
Wa'alaikumussalam..
Syukran Rozali..Amin Amin.. mudah2an kami beroleh kejayaan
Post a Comment