Wednesday, March 10, 2010

Wanita Ahli Syurga Ketua Bidadari :::::


Salam. Cerita yang sangat menarik untuk di baca.

Seorang datin telah bertanya pada seorang Ustaz , “Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah
(oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

“Di syurga nanti, selagi tak berenggang dengan suami , suami seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin.

kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai *ketua bidadari*.

Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan?

Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga;
anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi
*uruban atraaba*
yang apabila diterjemahkan bermaksud:
“sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.

Di dalam bahasa Arab, kalimah *`uruban* juga bermaksud berahi berpanjangan.
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf),
mereka ini sentiasa merindui jimak.

Tapi adakah anda pasti?

Saya beritahu lagi;
Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa
“tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur,
tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”.

Datin itu bertanya lagi ,

"Izinkan saya bertanya lagi;

“Tak nak pergi *shopping* ke?”

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk. Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya
Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain,
memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar?

Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu
diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka. Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita
(dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’… ‘latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya.
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

Dari mafhum sebuah hadith lagi.
“Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.

“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama,
kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak.
Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj. Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorang pun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya. Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga,
tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi.
Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Fikirkan ,Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..
termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam.

Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat.
Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu?

Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…
sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.
*Qaalu salaaman-salaama~ *

Lelaki dan wanita saudaraku sekalian,

Sama-sama kita meraih kejayaan didunia & di akhirat !

Artikel petikan dari saudara sesama islam . Wassalam

6 comments:

shami2 said...

Salam cik jimie..

Menariknya artikel dalam n3 ni....sungguh bagai dikata janji Allah benar2 belaka tetapi ramai manusia masih alpa....akan nikmat ganjaran yang bakal dianugerahkan nanti oleh Allah Taala...

Insaf dengan perihal syurga ini, rasa macam tak layak nak dapat anugerah seumpama ....tu..namun tak sanggup pula nak masuk neraka...Ya Allah ampunkanlah segala2 dosa hamba yg lepas maupun yg akan datang....amin

Unknown said...

salam akhi JIMIE...

mudah2an kita semua akan dimasukkan kesana (firdausi) sebagai penghuni yg kekal abadi ... ameen

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda,

Thank you for the story.

Wassalam.

JiMiE said...

Salam Shami2

Mudah2an kita tidak alpa dengan kenikmatan yang Allah berikan di dunia ini..semoga kita akan dimasukkan ke taman firdausi Allah..
Amen

wassalam

JiMiE said...

Salam ya Ummi Humaira

Alhamdulillah..semoga kita di masukkan ke syurga semua Amin

Wassalam.

JiMiE said...

Salam Ayahanda

Sama-sama kita perolehi ilmu dari n3 ini.. Syukran Ayahanda

Wassalam.